Wednesday, October 1, 2014

Ketua NGO Lensa terima UGUTAN: Jangan hantar surat kepada Presiden Pas Hadi Awang!

 

Pada 30 September 2014 (semalam), Lensa Anak Muda Malaysia (LENSA) telah menyerahkan surat kepada Presiden PAS bagi menggesa PAS segera berhenti cetus ketegangan dalam Pakatan Rakyat.

Ekoran daripada itu, pada pagi sebelum surat itu diserahkan, Pengarah Eksekutif LENSA telah menerima panggilan daripada seorang individu yang mengugut beliau agar tidak meneruskan hasrat untuk menyerahkan surat tersebut. 

Panggilan yang berdurasi 20 minit itu antara lain mengugut untuk memukul Safwan dan mengancam untuk mengganggu keluarga Safwan.

Sehubungan dengan itu, Sdra. Safwan akan membuat satu laporan Polis di IPD Dang Wangi pada masa 1.00 petang. - Lensa

Posted & copy by RAKYAT MARHAEN
 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.