Friday, October 24, 2014
Kereta Dibom Di Pulau Pinang...?
Penduduk Taman Seri Gelugor dekat sini, gempar apabila sebuah Audi A6 yang diletakkan di Lorong Seri Gelugor 2 meletup dan terbakar 2.25 petang ini.
Letupan itu dikatakan kedengaran sehingga 1.5 kilometer menyebabkan penduduk kampung berhampiran bergegas keluar untuk melihat apa yang berlaku.
Difahamkan, kereta berkenaan diletakkan di tepi jalan itu sejak beberapa bulan lalu tidak jauh dari rumah pemiliknya yang berusia 62 tahun.
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati seorang lelaki kelihatan menunggang motosikal sebelum berhenti dan memecahkan cermin kereta.
Lelaki berkenaan dilihat memasukkan sesuatu dan kereta berkenaan meletup tidak sampai seminit lelaki terbabit beredar.
Pegawai Bomba Kanan II Balai Bomba dan Penyelamat Tasek Gelugor Hashim Awang berkata, pihaknya bergegas ke tempat kejadian dengan sebuah jentera bersama enam anggota sebaik menerima panggilan jam 2.31 petang.
Katanya, ketika tiba di tempat kejadian, sebuah kereta sudah terbakar 70 peratus tetapi api berjaya dikawal tidak sampai lima minit.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/3878?m=1#sthash.QxW7rnNy.dpuf
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.