Friday, October 24, 2014

Kerajaan Umno@Bn laksana GST kerana Petronas kurang minyak

 
KUALA LUMPUR: Naib Prseiden PAS, Salahuddin Ayub menyifatkan keputusan kerajaan yang bertegas melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) adalah kerana Petronas telah mengalami kekurangan minyak untuk diguna pakai.

Jelasnya, melihat kepada senario tersebut kerajaan seharusnya mewujudkan satu suruhanjaya di dalam Petronas bagi tujuan membawa syarikat minyak itu bertapak lebih jauh.

"Kerajaan sepatutnya mempunyai satu fokus khusus untuk mengembangkan kepakaran yang ada di dalam Petronas sebagai usaha menambah pendapatan negara.

"Cara yang paling terbaik adalah mewujudkan satu suruhanjaya yang akan menentukan atau merealisasikan inovasi baru syarikat minyak itu melalui kepakaran yang ada.

"Ini secara tidak langsung kerajaan tidak perlu bergantung hidup melalui pelaksanaan GST yang membebani hidup rakyat," katanya pada program Bicara Harakah, Bajet 2015 'Di mana Pincangnya' petang semalam.

Menurut beliau lagi, dengan mewujudkan suruhanjaya ini juga Pertonas mampu berdepan dengan persaingan yang ada dan dapat bertapak lebih jauh lagi.

Beliau yang turut bersetuju dengan kepakaran yang dimiliki Petronas turut mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa, namun kepakaran tersebut tidak dapat dikembangkan melainkan penubuhan suruhajaya.

"Ini yang perlu kerajaan kaji dalam melaksanakan bajet dan kita tidak mahu untuk tambah pendapatan negara rakyat menjadi mangsa.

"Kenapa GST perlu dilaksanakan sedangkan Petronas dapat pergi lebih jauh, melainkan kerajaan lemah dalam memikirkan cara untuk mengendalikan hasil pendapatan negara," katanya.

Tambah beliau, jika Pakatan Rakyat diberi peluang untuk memerintah negara ini, suatu pelan inovasi akan dilaksanakan sebagai usaha baru untuk menambah pendapatan dan tidak bergantung kepada poket rakyat  seperti GST untuk sumber pendapatan negara.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.