Wednesday, October 1, 2014

Kadir ditawar Pengerusi MAS jika berjaya guling PM? OLEH RADZUAN

Guling PM ditawar Pengerusi MAS: Biar Betul 

Ruslan Weh!

 

Datuk Kadir Jasin diminta membuat penjelasan mengenai dakwaan beliau ditawarkan jawatan tinggi sekiranya berjaya 'menggulingkan' Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Antara jawatan kononnya ditawarkan kepada Kadir ialah Pengerusi MAS dan Pengerusi Media Prima.
"Kita amat hairan sebab Kadir Jasin hanya tumpukan tenaga beliau untuk serang Perdana Menteri saja dan enggan buat apa-apa komen buruk terhadap Anwar Ibrahim dan tokoh pembangkang yang lain," ujarnya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Menurut Ruslan, nampaknya Kadir hanya pakar untuk menyerang tokoh UMNO sahaja tetapi takut kepada Pakatan Rakyat.
"Kita juga mahu bertanya apakah beliau (Kadir) kecewa dengan Datuk Seri Najib sebab tidak diberi ruang dan peluang yang besar untuk beliau berperanan dalam media dan dalam bidang korporat," jelasnya yang juga bekas Ketua Penerangan PKR.
Ruslan berkata, ia bukan satu dakwaan tetapi hanya memohon penjelasan daripada bekas Ketua Pengarang Nes Straits Times yang telah menggambarkan kekecewaan beliau melalui blog terhadap Najib.--MalaysiaGazette.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.