Thursday, October 9, 2014

" Berita Yang Pasti Menggembirakan Penyokong BN 47% Dan Menghampakan Penyokong PR "



Ini adalah kenaikan perkhidmatan yang pertama sejak minyak dinaikkan pada 2 Oktober lepas. Ini belum termasuk harga barang.

Ini baru perkhidmatan bas sekolah, kalau ada tiga anak bayangkan penambahan kos setiap bulan dan kalikan setahun pasti terasa gak beb.

Nak buat macam mana, PM dah kata kerajaan tidak sengaja naikkan harga minyak jadi kenalah terima alasan PM yang cerdik pandai nih. Padahal PM cerdik kita nih tidak pernah nak faham atau buat-buat tidak faham jika minyak naik maka semua akan naik. Bacalah berita di bawah ini ;

Tambang bas sekolah dijangka meningkat sebanyak RM5 hingga RM10 pada Januari,berikutan keputusan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) memansuhkan harga siling pada tahun depan, lapor The Star hari ini.

Gabungan Pengusaha Bas Sekolah Malaysia memberitahu, ia akan dimuktamadkan pada akhir tahun ini, selepas mengadakan mesyuarat dengan pihak berkaitan untuk mendapatkan maklum balas mereka.

"Ia tidak akan menjadi kenaikan yang keterlaluan," ketua setiausaha gabungan itu, Md Saad Mohamad, dipetik sebagai berkata.

Bernama melaporkan, minggu lepas SPAD mengeluarkan harga siling bagi membolehkan ibu bapa, sekolah danpengusaha bas untuk menentukan tambang.

"Kami (SPAD) sebagai pemerhati akan memastikan tiada pihak terbabitmengambil kesempatan mengenakan harga yang berlebihan," kata Pengerusi SPAD Tan Sri Syed Hamid Albar (gambar) yang dipetik sebagai berkata pada Jumaat.

"Sekiranya kita terima aduan daripada ibu bapa mengenai tambang yang dikenakan terlalu tinggi, pengendali bas sekolah akan dikenakan tindakan tegas.”

Tetapi, Star melaporkan hari berikutnya ibu bapa kecewa dengan langkah itu kerana mereka sedang bergelut dengan kos sara hidup.

Menurut akhbar harian berbahasa Inggeris itu, langkah itu akan memberi kesan kepada 15,000 pengusaha bas berdaftar di seluruh negara dan berpotensi membawa tambahan 30,000 pengusaha bas tidak berlesen untuk mendaftar dengan SPAD.

Ketua Pegawai Eksekutif Fomca, Datuk Paul Selvaraj memberitahu akhbar itu kenaikan tambang juga perlu seiring dengan peningkatan kualiti perkhidmatan bas.

"Jika jumlah peningkatan yang itu berpatutan dan disertai peningkatan tahap keselamatan dan kualiti perkhidmatan, ibu bapa perlu menyokongnya kerana kita semua mahu satu sistem bas sekolah yang berdaya maju dan selamat," kataya.

Pada masa ini pengusaha bas mengenakan bayaran RM27.43 bagi setiap kilometer pertama dan RM2.05 untuk setiap kilometer berikutnya di kawasan bandar di bawah skim tambang dikawal sejak 2009 oleh Lembaga Pelesenan Perdagangan (LPKP).

Di kawasan luar bandar, tambang adalah RM20.62 bagi setiap kilometer dan RM2.02 bagi kilometer berikutnya.

Pengusaha bas sekolah meminta kenaikan tambang sebanyak 40% sejak Disember tahun lepas berikutan peningkatan kos.
 
 
Tikaqbuloh.blogspot.com.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.