Mantan
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan PAS menggunakan
perkataan Arab, ‘tahaluf siyasi’ (kerjasama politik) sebagai taktik
untuk menghalalkan kerjasama mereka dengan orang kafir.
“PAS amat pintar dengan penggunaan Islam dan Bahasa Arab untuk menghalalkan yang haram apabila dilakukan oleh mereka dan mengharamkan perbuatan yang sama apabila dilakukan oleh UMNO.

Saya tidak dapat mengenalpasti dari mana datangnya ‘tahaluf siyasi’ ini dan bila orang Islam dihalalkan apabila melakukannya.
“Akhirnya, PAS lupakan sahaja dakwaan mereka bahawa bekerjasama dengan orang kafir menjadikan orang Islam kafir. Untuk meyakinkan ahli dan penyokong PAS bahawa PAS boleh kerjasama dengan orang kafir tanpa menjadi kafir PAS perkenalkan perkataan Arab iaitu tahaluf siyasi bagi kerjasama PAS dengan orang kafir,” tulisnya menerusi blog, chedet.cc, semalam.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.