Tuesday, September 2, 2014

Zahid: Unit Amal PAS akan berdepan tindakan sama

 

 
Sehari selepas 156 anggota Pasukan Peronda Sukarelawan (PPS) Pulau Pinang ditahan, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau yakin Unit Amal PAS turut akan dikenakan tindakan yang sama.

"Tindakan yang sama juga akan diambil oleh pihak polis. Saya sangat yakin mereka akan diambil tindakan," katanya kepada wartawan di Kuala Lumpur hari ini

Menteri itu berkata demikian ketika ditanya mengenai perbezaan di antara PPS dan Unit Amal, yang telah beroperasi selama beberapa dekad dan membantu dalam pengawalan orang ramai semasa protes pembangkang dan juga acara-acara amal PAS.

Ahmad Zahid mempertahankan tindakan polis menangkap anggota PPS pada hari sambutan Kemerdekaan semalam dan menyalahkannya ke atas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Katanya, Lim mencabar Ketua Polis Negara (IGP) untuk mengambil tindakan, maka IGP mengambil tindakan.

Oleh itu, Zahid berkata apakah ianya salah IGP mengambil tindakan tersebut apabila beliau dicabar oleh seorang pemimpin dari negeri itu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.