Wednesday, September 3, 2014

Tiada Maaf Bagi Orang Yang Menghina Polis

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini menolak permohonan maaf dari seorang pengguna Twitter yang didakwa menghina beliau, dan menegaskan bahawa mereka yang bersalah akan dihukum.

"Tiada Maaf lagi kpd sesiapa jua yg menyalahgunakan rangkaian media utk menghina/mengutuk dan menghasut.

"Tunggu tindakan@PDRMsia," kata Khalid yang mengguna twitter @KBA51, dalam satu tulisan hari ini.


Awal hari ini, pengguna Twitter Viktor Wong telah memohon maaf kepada Khalid kerana menghina ketua polis negara semalam.

Semalam, Wong, dalam reaksinya terhadap penangkapan beramai-ramai di Pulau Pinang, menggelar Khalid "ruthless" (zalim) dan menyamakannya dengan Heinrich Himmler, seorang komander tentera utama Parti Nazi.




Himmler dikatakan telah menyelia pembunuhan enam juta Yahudi semasa Holocaust.

Tidak lama selepas itu, Khalid menerbitkan gambar komen tersebut dan mengarahkan pegawainya mengesan Wong dan mengambil tindakan terhadapnya, dalam posting Twitter.

Beliau juga meminta tindakan diambil terhadap pengguna Twitter lain yang memanggilnya "anjing BN".

- mkini



 
Kepada KPN - Dari Allah kita datang, dan kepada Allah juga kita akan kembali......

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.