Wednesday, September 3, 2014

Tiada lagi saksi dalam kes Mejar Zaidi, pendakwa kini cari media - OLEH MUZLIZA MUSTAFA

Kes Mejar Zaidi - pendakwa kini cari media: Dah habis Ikhtiar Kot?


Pihak pendakwaan dalam kes Mejar Zaidi Ahmad mohon mahkamah lebih masa bagi mencari seorang wartawan akhbar Cina untuk dipanggil sebagai saksi. Gambar fail The Malaysian Insider.

Selepas 7 saksi, pendakwaan dalam kes perbicaraan Mejar Zaidi Ahmad hari ini meminta mahkamah lebih masa untuk mengesan wartawan yang melaporkan kenyataan yang dibuat beliau berkenaan dakwat kekal yang digunakan semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Mereka dalam usaha mengesan wartawan akhbar China bagi memanggil mereka sebagai saksi untuk berita yang mengatakan dakwat kekal yang dicalit di jari Zaidi mudah hilang apabila dibasuh.
Zaidi, 45, juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), mengaku tidak bersalah atas 4 pertuduhan melanggar perintah Majlis Angkatan Tentera mengenai penggunaan dakwat kekal pada tahun lepas. – 3 September, 2014.
Admin tambahIni adalah pengalaman admin sendiri

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.