Wednesday, September 3, 2014

TERKINI - PKR TERIMA SURAT DARI ISTANA SELANGOR



Photo: Wednesday, 3 September 2014.

TERKINI - PKR TERIMA SURAT DARI ISTANA SELANGOR

PKR hari ini menerima surat dari istana Selangor, dipercayai jawapan kepada pencalonan menteri besar.

"Ya, kami terima surat hari ini," kata Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil ketika dihubungi Malaysiakini.

Bagaimanapun, katanya, butiran mengenainya hanya akan dinyatakan oleh Setiausaha Agung PKR, Datuk  Saifuddin Nasution dalam satu kenyataan di kemudian.

"Beliau akan mengeluarkan kenyataan dalam masa satu jam akan datang," katanya.

Pengesahan itu dibuat selepas sebuah kereta rasmi istana dilihat di hadapan ibu pejabat PKR di Petaling Jaya.

Tarikh akhir bagi pihak Pakatan Rakyat mengemukakan pencalonan mereka untuk jawatan menteri besar ialah hari ini.

PKR mengemukakan calon tunggalnya, Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, untuk jawatan tersebut, semalam.
 
Posted by Jeebond BLM PKR hari ini menerima surat dari istana Selangor, dipercayai jawapan kepada pencalonan menteri besar.

"Ya, kami terima surat hari ini," kata Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil ketika dihubungi Malaysiakini.

Bagaimanapun, katanya, butiran mengenainya hanya akan dinyatakan oleh Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution dalam satu kenyataan di kemudian.

"Beliau akan mengeluarkan kenyataan dalam masa satu jam akan datang," katanya.

Pengesahan itu dibuat selepas sebuah kereta rasmi istana dilihat di hadapan ibu pejabat PKR di Petaling Jaya.

Tarikh akhir bagi pihak Pakatan Rakyat mengemukakan pencalonan mereka untuk jawatan menteri besar ialah hari ini.

PKR mengemukakan calon tunggalnya, Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, untuk jawatan tersebut, semalam.

Posted by Jeebond BLM

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.