Tahanan Reman Kes Rasuah Cover muka dengan SPENDA di mahkamah
Petaling Jaya: Perintah tahanan reman ke atas pengarah Jabatan Kastam
Diraja Malaysia (JKDM) negeri bergelar datuk dan 12 kakitangan kastam
pelbagai pangkat dilanjutkan selama lima hari lagi bermula esok.
Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid mengeluarkan perintah reman itu
mengikut peruntukan Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah (KAJ) bagi disiasat
mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan
Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2010.
Tahanan terbabit adalah kumpulan kedua yang ditahan oleh SPRM berhubung
sindiket yang membawa masuk rokok dan arak bermutu tinggi ke negara ini.
Semua yang ditahan berusia dalam lingkungan umur 32 hingga 57 tahun tiba
di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya pada jam jam 8.30 pagi hari ini
sebelum dibawa keluar kira-kira 2 petang tadi.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.