Tuesday, September 30, 2014

Orang Melayu Jangan Memfitnah Dan Menghina Kaum Lain......

 Sebenarnya makin menyampah dengan mesej2 whatssup dan status2 FB mewar warkan dakyah tentang perancangan jahat Bangsa Cina untuk menguasai Malaysia/menindas Melayu,

Pelabagai tohmahan dan cerita2 tanpa bukti disebarkan.  Untuk mereka yang termakan/seronok menyebarkan,  aku ada beberapa point untuk korang fikirkan:

1. Di Malaysia ni, ada Cina merempat, ada Melayu gelandangan, ada India dan bangsa2 lain yang jadi pengemis.   Unjian kemiskinan tak tertakluk kepada mana2 bangsa.  

Tolong sedar dan buka mata.  Ko cuba jumpa Cina yang berniaga, dan berkerja hampir 18 jam sehari, dan tanya dia,  "Apek, Lu senyap2 mau jatuhkan Melayu ya?  Lu keja siang-malam ni semata-mata nak pastikan orang Melayu susah, kan?"

2. Andai benar ada peniaga-peniaga Cina yang enggan memberi harga yang terbaik untuk pelanggan Melayu, atau enggan menggaji orang Melayu, salahkan mereka?  

Apa yang kita rungutkan bila selama ini kita mempunyai kuota berlipada ganda daripada mereka untuk ke universiti, untuk menjawat perkhidmatan awam,  membayar harga lebih murah membeli rumah, dan perlbagai keistimewaan lain?

Kalau bermain bola, ibraratnya kita bermain dengan 22 pemain, diatas padang dan mereka hanya mempunyai 5 orang pemain.  Salahkah mereka untuk membantu bangsa mereka sendiri?  

Ini adalah 'survival instict' manusia apabila kelangsungan hidupnya yang terancam.   Kalau kita tidak mahu 'diskriminasi' begini,  sanggupkah kita untuk melepaskan hak2 istimewa Bumiputera?

3. Kalau benar kita tak puas hati mereka menjual rumah dengan harga mahal kepada kita,  kenapa dengan segala layanan istimewa kerajaan, pemaju Bumiputera tidak mampu bersaing dan menawarkan pakej khas untuk Melayu?   

Kalau benar mereka memberi layanan/tawaran istimewa kepada peniaga2 sebangsa, mengapa kah peniaga2 Melayu yang berjalan penuh dengan tongkat2 bantuan kerajaan dalam perlbagai bentuk tidak menawarkan deal istimewa untuk peniaga sebangsa?

Kenapa umat Melayu yang hampir sekali ganda jumlah mereka tak mampu mewujudkan pesaing2 hebat untuk peniaga2 Cina?  Juz kerana kita lemah,  kita duk merengek,  mengamuk, meroyan, tak puas hati orang lain kuat.  Bangun dan usaha lah agar kau sama2/lebih kuat.

4.  Ini kah ajaran Rasulullah SAW yang diikut umat Melayu?   Rasulullah SAW berhadapan dengan pelbagai musibah daripada saat baginda membuaka mata hinggalah saat baginda menghembuskan nafasnya terakhir.

Dari kewafatan Ibu baginda, pemergian Saidatina Khadijah,  kewafatan Saidina Abu Talib, ditindas, dicerca, dibaling batu oleh musrik, ada kita lihat Rasulullah SAW mengadu itu ini, menuduh konspirasi jahat,  bersangaka buruk kepada semua pihak??  

Baginda Rasulullah SAW terus melangkah dengan penuh azam sehingga sanggup berhijrah meninggalkan kampung halaman untuk memastikan kejayaan menggapai cita2.

Cukupkah usaha kita sebelum kita mengambil jalan mudah menuduh diskriminasi orang itu ini?

5.  Kita tak habis habis menghina mereka sebagai pendatang.   Butaah kita bahawa nenek moyang mereka ini mengikut jejak langkah Rasulullah SAW dengan berhijrah meninggalkan kampung halaman mereka demi mencari rezeki/kehidupan yang lebih baik.  

Bukan kah itu jugak saranan dalam Al Quran untuk kita keluar mencari rezeki dibumi Allah yang luas ini?   Ada kah kita juga ingin menghina Rasulullah SAW sebagai 'pendatang' di Yathrib ( Nama asal Madinah )?

Ada kah kita ingin mengatakan kepada baginda bahawa baginda patut pulang ke Makkah kalau tak mahu tunduk dengan ketuanan "Aus dan Khazraj??  Islam tidak pernah mengajar sikap berpuak puak begini.  Benar,  nenek-moyang mereka berhijrah ke Malaysia.  

Namun, mereka telah berasimilasi dengan kita dan sama2 mendirikan negara bertuah ini sepertimana Muhajirin dan Ansar bersatu membangun dan mempertahankan Madina.  Kita dan mereka sama2 berhak keatas bumi bertuah ini.

So, please stop this bullshit about 'perancangan Cina mengusai Malaysiua."   Boikot barangan Cina".  Jika kau rajin berusaha,  jaga hubungan dengan Tuhan,   manusia dan makhluk lain,  tak putus asa menadah ilmu,  kau akan berjaya tidak kira samada kau adalah majoriti atau minoriti.

Sentimen perkauman ini adalah senjaya yang digunapakai pihak2 jahat untuk memastikan orang2 bodoh terus akur dengan tingkah laku mereka dan terus mengizinkan kepala mereka dipijak sebagai tangga2 untuk kaum berjuis kapitalis mengumpul kekayaan.


Sheikh Khuzaifah
BANDAR BARU UDA,  Johor Bharu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.