Thursday, September 4, 2014

MB SELANGOR - JIKA BUKAN KAK WAN ATAU AZMIN, PASTI ADA RAKAN YANG PEMBELOT


 

SAMADA Kak Wan atau Azmin bukan lagi menjadi kebimbangan. Apa yang dimahukan TSKI gugur dari Kerusi MB Selangor secepat mungkin.

Apa yang dibimbangi, andaikata tidak lekat nama Kak Wan dan tidak lekat juga nama Azmin. PKR calonkan satu nama iaitu Kak Wan, begitu juga dengan DAP. PAS pula khabarnya masih berpegang dengan janjinya iaitu dua nama, Azizah dan Azmin. Jika benar, mustahil kedua-duanya tidak lekat.

Andaikata salah satu di antara Kak Wan atau Azmin terpilih, siapakah calon yang terpilih? Dan, siapa yang mencalonkannya? Jika berlaku sedemikian, sudah pasti di antara DAP atau PAS adalah 'pembelot' dan tidak boleh dipercayai. Mungkinkah DAP? 


 
Aku rasa tak mungkin sebab DAP sebelum ini amat tegas mahukan Kak Wan menjadi MB Selangor. Kalau begitu, boleh kita tuduh PAS? Oh...tidak, PAS sebuah parti Islam, mana mungkin PAS memungkiri janjinya?

Apa pun, itu semua andaian kita. Kita tunggu keputusan Istana samada Istana kita menghormati prinsip Raja Berpelembagaan atau tidak.

Dicatat oleh WFAUZDIN NS

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.