Sunday, September 28, 2014

Malaysia Menuju Negara Maju Tahun 2025 ?


N3 HUJUNG MINGGU: HADIAH YANG TRAGIS EP 1

Aman kerja di bandaraya. Dia jarang-jarang balik kampung. Maklumle, kerja di syarikat swasta gaji kecil, cuti pun tak banyak. 
 
Tetapi setiap kali ada pilihanraya dia balik kampung. Kali ini ada PRK di kawasannya. Aman tidak melepaskan peluang untuk balik kampung. Ibu bapanya amat gembira dengan kepulangan Aman. 

Setelah bersalaman dengan orang tuannya, tak sempat naik ke rumah Aman bergegas pergi. Entah apa yang dikejarnya.

Tengah hari itu Aman pulang dengan gembira membawa sebuah kotak yang besar. Sampai dua orang mengangkut kotak itu yang diturunkan dari sebuah lori kecil.

“Apa tu man?” Tanya ibunya.

“Peti ais, mak.” Jawab Aman

“Buat apa peti ais?’ Tanya ibunya.

“Boleh simpan sayur, ikan dan lain-lain. Jadi, benda-benda tu boleh tahan lama sikit.” Jelas Aman.

Peti ais diletakkan di dapur.

“Mahal tu…banyak duit kamu.” Tegur ayahnya yang baru balik surau.

“Free abah, tadi demer bagi.”

“Baiknya hati demer yerk.” Kata ibunya pula, “Hmm…apa yang kamu terpinga-pinga pulak tu Man?”

“Mana plugnya mak?”

Ibunya kehairanan, “Amende plug?”

“Plug litrik.”

“Takkan kamu lupa. Sejak merdeka lagi rumah ni mana ada litrik Man.” Jawab bapanya…

Hokkaloh…

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.