Bukan Saja Di Litar, Dalam Politik Pun Ada Macam-Macam Konar!
Akhbar lagi yang kena......
Zahid ingat Cina dan India hanya ada dalam DAP sajakah?
Ayyo...yoo...awak tu seorang menteri dan Naib Presiden UMNO parti yang memerintah
Janganlah celupar sangat!
Datuk
Seri Ahmad Zahid Hamidi menafikan golongan ‘bukan Melayu’ yang disebut
olehnya bukanlah masyarakat bukan Melayu keseluruhan tetapi hanya
merujuk kepada pemimpin dan penyokong DAP. – Gambar fail The Malaysian
Insider, 2 September, 2014.
Datuk Seri
Ahmad Zahid Hamidi mengatakan kenyataannya bukan Melayu semakin angkuh,
menghina kaum Bumiputera, institusi raja dan Islam disalah tafsir sebuah
akhbar berbahasa Inggeris.
Menurut menteri
dalam negeri itu, beliau sebaliknya berkata, "bukan Melayu" yang beliau
maksudkan merujuk kepada pemimpin dan penyokong DAP.
"Tetapi tidak
boleh dinafikan penyokong DAP mengambil pendekatan berbeza dengan
keangkuhan mereka dalam politik," kata naib presiden Umno itu seperti
dilaporkan akhbar berbahasa Inggeris The Star.
Zahid berkata,
ini terbukti dalam kenyataan yang dikeluarkan parti pembangkang dan
penyokong mereka, terutama yang disiarkan di laman portal
pro-pembangkang dan media sosial.
Hari ini akhbar
The Sun memetik beliau sebagai berkata, kaum Melayu terpaksa membayar
harga kerana terlalu baik dan golongan bukan Melayu semakin angkuh di
negara ini.
Beliau dilaporkan berkata penghinaan dibuat atas alasan demokrasi, kebebasan bersuara dan globalisasi.
Menurut Zahid,
beliau tidak akan menyokong mereka yang mengeluarkan kenyataan menghina
masyarakat Melayu dan mahu polis mengambil tindakan terhadap kumpulan
tersebut. – 2 September, 2014
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.