Wednesday, September 3, 2014

"Jumlah Pekerja Asing Di Malaysia Hampir 25% Dari Keseluruhan Jumlah Rakyat Malaysia Yang Hampir 30 Juta. Gila "

Photo: "Jumlah Pekerja Asing Di Malaysia Hampir 25% Dari Keseluruhan Jumlah Rakyat Malaysia Yang Hampir 30 Juta. Gila "

Sekarang baru ada akal. Sekarang baru menarik perhatian pemimpin BN. Sebelum ini pong-pang dalam TV cakap jumlah pekerja asing terkawal dan tidak membimbangkan.

Hari ini jumlah pekerja asing hampir 5.8 juta orang. Hampir 25% daripada jumlah keseluruhan rakyat Malaysia. Bagus sangatlah perkembangan ini. Duduk lama sikit dapat IC boleh ngundi.

Cukup tahun 2020 pekerja asing menjangkau 50% dari jumlah rakyat Malaysia. Ini bukan aku yang kata, menteri ini kata jumlah pekerja asing hari ini kira-kira 5.8 juta. Kalau macam inilah keadaannya adalah tidak mustahil tahun 2020 Malaysia dipenuhi dengan warga asing.

PUTRAJAYA - Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot hari ini menarik perhatian terhadap lambakan pekerja asing dalam negara ketika ini iaitu kira-kira 5.8 juta orang.

Katanya, hanya separuh dari jumlah itu, atau kira-kira 2.9 juta adalah pekerja sah, dan ini merupakan situasi yang agak merisaukan.

Beliau bercakap pada sidang akhbar selepas taklimat mengenai Human Capital Development Strategic Reform Initiatives di sini, hari ini.

Sehubungan dengan itu, beliau menggesa rakyat di negara ini agar mengikis sikap memilih pekerjaan atau hanya mahu bekerja di sektor awam.
Riot berkata, Malaysia menyediakan begitu banyak peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor, namun adalah menyedihkan kebanyakannya diisi oleh pekerja asing.

Beliau berkata, bekerja di kira-kira 600,000 syarikat Industri Kecil dan Sederhana merupakan antara peluang kerjaya yang boleh dicuba rakyat tempatan.

Sementara itu, beliau menyeru orang ramai menghadiri Fiesta Kerjaya JobsMalaysia Dan Azam Kerja 1Malaysia 2014 Peringkat Kebangsaan di Mid Valley Exhibition Centre mulai 5 hingga 7 September untuk merebut 10,000 kekosongan jawatan pelbagai sektor.

Antara aktiviti di majlis itu ialah temuduga terbuka, pameran kerjaya, ceramah bimbingan kerjaya dan pendaftaran Online JobsMalaysia dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. BernamaSekarang baru ada akal. Sekarang baru menarik perhatian pemimpin BN. Sebelum ini pong-pang dalam TV cakap jumlah pekerja asing terkawal dan tidak membimbangkan.

Hari ini jumlah pekerja asing hampir 5.8 juta orang. Hampir 25% daripada jumlah keseluruhan rakyat Malaysia. Bagus sangatlah perkembangan ini. Duduk lama sikit dapat IC boleh ngundi.

Cukup tahun 2020 pekerja asing menjangkau 50% dari jumlah rakyat Malaysia. Ini bukan aku yang kata, menteri ini kata jumlah pekerja asing hari ini kira-kira 5.8 juta. Kalau macam inilah keadaannya adalah tidak mustahil tahun 2020 Malaysia dipenuhi dengan warga asing.

PUTRAJAYA - Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot hari ini menarik perhatian terhadap lambakan pekerja asing dalam negara ketika ini iaitu kira-kira 5.8 juta orang.

Katanya, hanya separuh dari jumlah itu, atau kira-kira 2.9 juta adalah pekerja sah, dan ini merupakan situasi yang agak merisaukan.

Beliau bercakap pada sidang akhbar selepas taklimat mengenai Human Capital Development Strategic Reform Initiatives di sini, hari ini.

Sehubungan dengan itu, beliau menggesa rakyat di negara ini agar mengikis sikap memilih pekerjaan atau hanya mahu bekerja di sektor awam.
Riot berkata, Malaysia menyediakan begitu banyak peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor, namun adalah menyedihkan kebanyakannya diisi oleh pekerja asing.

Beliau berkata, bekerja di kira-kira 600,000 syarikat Industri Kecil dan Sederhana merupakan antara peluang kerjaya yang boleh dicuba rakyat tempatan.

Sementara itu, beliau menyeru orang ramai menghadiri Fiesta Kerjaya JobsMalaysia Dan Azam Kerja 1Malaysia 2014 Peringkat Kebangsaan di Mid Valley Exhibition Centre mulai 5 hingga 7 September untuk merebut 10,000 kekosongan jawatan pelbagai sektor.

Antara aktiviti di majlis itu ialah temuduga terbuka, pameran kerjaya, ceramah bimbingan kerjaya dan pendaftaran Online JobsMalaysia dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Bernama.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.