DR HALIMAH ALI, mantan Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi Dan
Pembangunan Modal Insan, Negeri Selangor memohon ampun dan maaf kepada
semua pihak sekiranya ada tersilap dan tersalah sama ada dengan sengaja
atau tidak sengaja sepanjang beliau menjawat jawatan Exco di bawah
Kerajaan Negeri Selangor.
Beliau adalah di antara Adun dari PAS yang tidak terpilih untuk menjadi
Exco di bawah MB Selangor yang baru, YAB Azmin Ali.
Tidak terpilihnya
beliau bukan kerana beliau tidak bagus tetapi adalah kerana ingin
memberikan peluang kepada Adun-Adun lain untuk memikul amanah yang amat
berat itu.
Begitu juga dengan Adun dari PKR, YB Rodziah yang juga tidak
terpilih semula untuk jawatan tersebut.
Kepada Exco-Exco baru yang dilantik, adalah menjadi harapan rakyat untuk
mereka melaksanakan amanah berpandukan kepada janji-janji PR dan
manifesto PR bukannya untuk menyokong peribadi MB yang baru.
Seandainya
mereka gagal, termasuk MB sendiri sudah tentunya rakyat akan menghukum
mereka atau parti juga berhak menghukumnya sebelum rakyat bertindak.
MB dan semua Exco mestilah sanggup bekerja keras untuk meningkatkan
prestasi Kerajaan Negeri Selangor bukan sahaja molek di atas kertas
dengan duit yang terkumpul tetapi mestilah dibelanjakan secara total
untuk kepentingan rakyat.
Rakyat berhak bertanya ke mana duit Kerajaan
Negeri digunakan dan rakyat tidak lagi mahu tahu berapa banyak yang kamu
simpan. Lupakan cara TSKI.
Selangor mesti ditadbir dengan merealisasikan semangat merakyatkan
Selangor bukan sekadar ritorik dengan kemegahan menabung. Azmin Ali
adalah harapan rakyat untuk melihat perubahan jauh lebih baik dari MB
sebelumnya.
Jika Azmin gagal, walaupun beliau bukan pilihan parti pada
asalnya tetapi parti tetap bertanggungjawab untuk menjawab kepada
rakyat.
Ada yang berpendapat PKR terutamanya boleh berlepas tangan jika
Azmin gagal kerana Azmin bukan pilihan utama parti untuk menjadi MB.
Bagi aku, mahu tidak mahu kita terpaksa yakin Azmin boleh membuktikan
pilihan Sultan yang kemudiannya diberi mandat oleh parti dan PR ini
mampu untuk melakukan yang terbaik.
Azmin dan para Exconya diharapkan boleh berganding bahu untuk menjaga
nama baik Tuanku yang memilihnya di samping tidak mencemarkan imej parti
yang turut memberi kepercayan ke atasnya.
Kepada parti terutamanya PKR
perlulah memantau lebih dekat hasil kerja Azmin dan para Exconya dan
dapat membantu beliau untuk berkhidmat dengan lebih baik.
Rakyat akan menyokong kepimpinan beliau selagi rakyat tidak melihat
kepincangan pentadbirannya. Jauhi diri anda dari sesiapa pun yang
dilihat mengampu dan membodek anda sekarang. Kita tidak mahu lagi ada
orang seperti Faekah di Pejabat MB Selangor.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.