Wednesday, September 3, 2014

DAP tawar RM10,000 kepada sesiapa sahaja yang bantu kenal pasti dalang 'Molotov Cocktail'..

Photo: DAP tawar RM10,000 kepada sesiapa sahaja yang bantu kenal pasti dalang  'Molotov Cocktail'..

Rabu - 3 Setember 2014

Lima wakil rakyat DAP hari ini menawarkan RM10,000 untuk sesiapa yang dapat mengenal pasti dalang yang bertanggungjawab membaling bom 'molotov cocktail' ke rumah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menjelang Hari Merdeka.

Anggota parlimen itu, diketuai Jeff Ooi (Jelutong), menuntut Ketua Polis Negara (IGP) Tan Sri Khalid Ibrahim kerana masih tidak mampu menahan suspek yang terlibat dalam kes di Jalan Pinhorn, Pulau Pinang itu.  

Tiada sesiapa tercedera dalam insiden itu, yang dilaporkan berlaku ketika Lim menghadiri sambutan Ambang Merdeka di George Town.

“Sudah 48 jam dan IGP gagal menjalankan tugasnya dan menghukum dalang yang mengancam orang ramai, lebih-lebih lagi ketua menteri yang dilantik oleh orang ramai,” kata Ooi.

“Kami tawarkan RM10,000 kepada sesiapa yang dapat mengenal pasti dalang bagi membantu polis membuat tangkapan dan menghukumnya segera,” kata Ooi dalam sidang media di Pulau Pinang hari ini.  

Ooi ditemani Ng Wei Aik (Tanjung), P Kasthurirani (Batu Kawan), Zairil Khir Johari (Bukit Bendera), Steven Sim (Bukit Mertajam) dan Wong Hon Wai (Air Itam) lapor Malaysiakini

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.