Monday, September 29, 2014
Blogger Seks Lari Dan Mohon Perlindungan Di Amerika
Kuala Lumpur – Keputusan Alvin Tan mendapatkan suaka di Amerika Syarikat (AS) menerima kritikan daripada pengguna media sosial di Malaysia yang kebanyakannya percaya blogger seks itu perlu berdepan dengan tindakannya, bukan melarikan diri dari negara ini.
Tan dan bekas teman wanitanya Vivian Lee didakwa di bawah Akta Hasutan kerana memuat naik posting bak kut teh pada bulan Ramadan tahun lepas, tetapi Tan melanggar syarat ikat jaminnya semasa lawatan kerja yang sepatutnya ke Singapura.
Tan, 26, menegaskan dalam satu temubual baru-baru ini dengan The Malaysian Insider bahawa meninggalkan Malaysia adalah “satu-satunya tindakan rasional” kerana dia tidak berdaya melawan “kezaliman dan kejahilan”.
Bagaimanapun kebanyakan pengguna Facebook merasakan sebaliknya, mengatakan Tan sepatutnya berani menghadapi tindakan undang-undang selepas sengaja memecahkannya.
“Sebab dia ‘tidak suka Malaysia’ kerana dia didakwa atas jenayah dengan undang-undang Malaysia. Pendapat saya, dia perlu dihukum kerana tindakan jijiknya yang lepas,” tulis pengguna Facebook Josh Wu semalam.
“Dia mengaku secara terbuka memperdayakan mahkamah dan melarikan diri ke AS selepas mahkamah Malaysia dengan baik hati membenarkannya pergi ke Singapura untuk merakamkan filem.
“Undang-undang tidak sepatutnya melindungi mereka yang menyalahgunakannya. Mereka yang mencari ekuiti perlu menunjukkan ekuiti.”
Seorang lagi pengguna facebook Eugene Leong berkata Tan yang memulakan seluruh episod ini dengan ucapan Ramadannya yang dirasakan tidak perlu.
“Memang ia sesuatu yang bodoh untuk dilakukan. Ya, memang dia dihukum mahkamah. Ya, dia larikan diri daripada Malaysia dengan alasan.
“Tetapi apa yang saya ingin tahu ialah apa yang dirasakannya sekarang, selepas mengetahui ibunya kehilangan wang ikat jamin RM20,000 apabila dia melarikan diri, daripada mempertahankan diri di mahkamah!” tulis Leong.
Dalam temubualnya dengan The Malaysian Insider, Tan mempertahankan posting Ramadannya yang mengandungi bak kut teh sebagai satira politik.
Dia berkata ia menunjukkan bahaya menggunakan Islam untuk “mentadbir hidup orang ramai” dengan menjadikan moral peribadi sebagai undang-undang tanpa membezakan yang tidak bermoral dengan yang menyalahi undang-undang.
Tan menambah, dia percaya dia bukan pengecut dengan memohon suaka di AS, tetapi dia hanya “bijak, pragmatik, berkira dan bijak dengan wang.”
“Apabila kerajaan dan institusinya merosakkan hidup anda dan meletakkan anda di penjara hanya kerana anda menyinggung perasaan mereka, anda tidak akan biarkan tekanan emosi yang berat itu jatuh kepada anda,” katanya.
Namun kebanyakan pengguna Facebook mengetepikan kenyataannya dan mengatakan tindakannya pengecut dan bodoh.
“Saya rasa dia memalukan diri sendiri kerana egonya! Tidak begitu bijak pun, lebih seperti kebudak-budakan!” tulis Vivian V Kulasingham.
“Sama ada dia pengecut atau dia bodoh!” tulis Augustin Anthony.
Mereka juga memberi peringatan kepada Tan jika dia diserahkan balik kepada Malaysia, dia tetap perlu menghadapi mahkamah.
“Jangan yakin diri sangat. Lama-kelamaan dia akan sedar dia akan diserahkan semula kepada Malaysia. Tetapi saya kasihankan wanita yang ditinggalkan dia,” tulis Mohd Shafian Noordin, merujuk kepada bekas teman wanitanya, Lee.
Anastasia Pertiwi berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terkenal dengan “perundingan rahsia” beliau, dan satu panggilan telefon kepada Presiden AS Barack Obama akan menghantar Tan ke penerbangan pertama balik ke Malaysia.
“Berapa lama dia boleh tinggal di sana? Melainkan dia mendapatkan kad hijau, dia akan dihantar balik. Kenali diri anda dahulu sebelum musuh anda.” tulis Chai KL.
Bagaimanapun, beberapa pengguna Facebook mempertahankan Tan, satu daripadanya juga menggelarnya “hero”.
“Dia melawan sistem politik, bukannya agama dan kaum. Jangan terkeliru,” tulis Brian Low.
Clement Leong Ern berkata walaupun tidak menyokong tindakan Tan yang lalu, blogger seks tersebut sekarang “masuk akal”.
“Bravo Alvin Tan!” tulis Rosa Rosa.
Tan dan Lee menghadapi pertuduhan jenayah di bawah Akta Hasutan, serta Akta Penapisan Filem kerana muatan naik mereka yang kontroversi, termasuk satu gambar yang dianggap menghina Islam di Facebook.
Mereka berdua dibenarkan ikat jamin RM30,000 seorang, dengan dua penjamin, oleh Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur Julai lepas.
Bloglist Malaysia
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.