Saturday, August 30, 2014

Peruntukan selamatkan MAS sepatutnya diguna manfaatkan rakyat, kata Kadir Jasin

Bekas ketua pengarang News Straits Times Datuk A Kadir Jasin berkata langkah menyelamatkan Malaysia Airlines (MAS) bukanlah rancangan berkelas dunia. –

Wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin mengatakan wang sebanyak RM6 bilion untuk tujuan menyelamatkan Malaysia Airlines (MAS) lebih baik disalurkan kepada rakyat.

Walaupun media arus perdana memuji pelan tersebut yang diumumkan pengurusan aset negara Khazanah Nasional Berhad semalam, Kadir dalam blognya berkata langkah tersebut bukanlah rancangan berkelas dunia.

"Kos pampasan memberhentikan mereka adalah sebanyak RM1.9 bilion. Keseluruhan operasi menyelamat MAS daripada menjadi muflis akan menelan belanja RM6 bilion.

"Pengurangan bilangan kakitangan bukanlah perkara baru atau cetusan minda kelas dunia," kata Kadir, yang juga bekas ketua pengarang News Straits Times tersebut.

Bagi Kadir, wang sebanyak RM6 bilion tersebut sepatutnya boleh disalurkan kepada projek yang lebih memberi manfaat kepada rakyat.

"Wang sebanyak RM1.9 bilion itu hampir cukup untuk menaikkan taraf sistem pengairan MUDA di Kedah dan Perlis yang menampung lebih 100,000 isi rumah atau kegunaan awam lain yang memberikan faedah kepada lebih ramai orang," katanya.

Kadir menyifatkan usaha menyelamatkan MAS berulang kali masih akan gagal sekiranya punca utama tidak ditangani dengan baik.

"Menyelamatkan MAS berulang kali ibarat menimbus perigi tanpa dasar. Bottomless pit, dalam bahasa Inggeris," katanya.

Mengenai cadangan penamatan 6,000 staf MAS, Kadir berkata langkah tersebut pernah dicadangkan semasa MAS diswastakan dahulu, tetapi kerajaan sendiri menolaknya.

"Sejak zaman MAS di bawah pemilikan swasta lagi (1994-2002), ia mencadangkan mengurangkan kakitangan seramai antara 5,000 hingga 8,000 orang, tetapi tidak dipersetujui oleh kerajaan.

"Sekarang apabila MAS sudah menjadi milik 100% kerajaan (melalui Khazanah) dan secara teorinya sudah 'muflis' ia terpaksa melakukan yang lebih radikal kalau masih mahu diselamatkan," katanya.

Khazanah mengumumkan MAS akan mengurangkan 6,000 (30%) daripada 20,000 pekerja kepada 14,000, di samping memindahkan ibu pejabat dan operasi utama ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di bawah pelan pemulihan syarikat itu.

Sebagai pemegang saham terbesar MAS, Khazanah mengumumkan pengurangan pekerja besar-besaran itu selepas ia kerugian sekurang-kurangnya RM3 juta sehari bagi separuh pertama tahun kewangan semasa.

Kerugian semakin bertambah selepas ia dilanda dua tragedi besar, kehilangan pesawat MH370 pada Mac lalu dan MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine pada 17 Julai.

Pelan penstrukturan semula MAS itu mendapat kelulusan kabinet dan lembaga pengarah MAS, bertujuan mewujudkan sebuah entiti yang lebih kukuh dan lebih cekap.

MAS yang menggantung dagangan pada Khamis lalu berikutan pengumuman pelan itu, melaporkan kerugian sebelum cukai sebanyak RM302.62 juta pada suku kedua berakhir 30 Jun, 2014, daripada kerugian sebanyak RM165.89 juta pada suku yang sama tahun lepas.

Saham itu terakhir diniagakan pada 25 sen Khamis lalu. – 30 Ogos, 2014.

See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

Peruntukan selamatkan MAS sepatutnya diguna manfaatkan rakyat, kata Kadir Jasin

Bekas ketua pengarang News Straits Times Datuk A Kadir Jasin berkata langkah menyelamatkan  Malaysia Airlines (MAS) bukanlah rancangan berkelas dunia. – Gambar fail The Malaysian Insider, 30 Ogos, 2014. Bekas ketua pengarang News Straits Times Datuk A Kadir Jasin berkata langkah menyelamatkan Malaysia Airlines (MAS) bukanlah rancangan berkelas dunia. – Gambar fail The Malaysian Insider, 30 Ogos, 2014. Wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin mengatakan wang sebanyak RM6 bilion untuk tujuan menyelamatkan Malaysia Airlines (MAS) lebih baik disalurkan kepada rakyat.
Walaupun media arus perdana memuji pelan tersebut yang diumumkan pengurusan aset negara Khazanah Nasional Berhad semalam, Kadir dalam blognya berkata langkah tersebut bukanlah rancangan berkelas dunia.
"Kos pampasan memberhentikan mereka adalah sebanyak RM1.9 bilion. Keseluruhan operasi menyelamat MAS daripada menjadi muflis akan menelan belanja RM6 bilion.

"Pengurangan bilangan kakitangan bukanlah perkara baru atau cetusan minda kelas dunia," kata Kadir, yang juga bekas ketua pengarang News Straits Times tersebut. Bagi Kadir, wang sebanyak RM6 bilion tersebut sepatutnya boleh disalurkan kepada projek yang lebih memberi manfaat kepada rakyat.
"Wang sebanyak RM1.9 bilion itu hampir cukup untuk menaikkan taraf sistem pengairan MUDA di Kedah dan Perlis yang menampung lebih 100,000 isi rumah atau kegunaan awam lain yang memberikan faedah kepada lebih ramai orang," katanya.
Kadir menyifatkan usaha menyelamatkan MAS berulang kali masih akan gagal sekiranya punca utama tidak ditangani dengan baik.
"Menyelamatkan MAS berulang kali ibarat menimbus perigi tanpa dasar. Bottomless pit, dalam bahasa Inggeris," katanya.
Mengenai cadangan penamatan 6,000 staf MAS, Kadir berkata langkah tersebut pernah dicadangkan semasa MAS diswastakan dahulu, tetapi kerajaan sendiri menolaknya.
"Sejak zaman MAS di bawah pemilikan swasta lagi (1994-2002), ia mencadangkan mengurangkan kakitangan seramai antara 5,000 hingga 8,000 orang, tetapi tidak dipersetujui oleh kerajaan.
"Sekarang apabila MAS sudah menjadi milik 100% kerajaan (melalui Khazanah) dan secara teorinya sudah 'muflis' ia terpaksa melakukan yang lebih radikal kalau masih mahu diselamatkan," katanya.
Khazanah mengumumkan MAS akan mengurangkan 6,000 (30%) daripada 20,000 pekerja kepada 14,000, di samping memindahkan ibu pejabat dan operasi utama ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di bawah pelan pemulihan syarikat itu.
Sebagai pemegang saham terbesar MAS, Khazanah mengumumkan pengurangan pekerja besar-besaran itu selepas ia kerugian sekurang-kurangnya RM3 juta sehari bagi separuh pertama tahun kewangan semasa.
Kerugian semakin bertambah selepas ia dilanda dua tragedi besar, kehilangan pesawat MH370 pada Mac lalu dan MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine pada 17 Julai.
Pelan penstrukturan semula MAS itu mendapat kelulusan kabinet dan lembaga pengarah MAS, bertujuan mewujudkan sebuah entiti yang lebih kukuh dan lebih cekap.
MAS yang menggantung dagangan pada Khamis lalu berikutan pengumuman pelan itu, melaporkan kerugian sebelum cukai sebanyak RM302.62 juta pada suku kedua berakhir 30 Jun, 2014, daripada kerugian sebanyak RM165.89 juta pada suku yang sama tahun lepas.
Saham itu terakhir diniagakan pada 25 sen Khamis lalu. – 30 Ogos, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/peruntukan-selamatkan-mas-sepatutnya-diguna-manfaatkan-rakyat-kata-kadir-ja#sthash.RFXfbgaK.dpuf

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.