Thursday, August 28, 2014

Najib perlu jawab kecaman Mahathir terhadapnya Oleh NYZA AYOB


KUALA LUMPUR: Sikap diam membisu Dato’ Seri Najib Razak terhadap kecaman Tun Dr Mahathir Mohamad akan menjadi isu yang lebih besar kerana dibiarkan tanpa maklum balas yang mewujudkan situasi ‘kurang sihat’ dalam perkembangan politik negara, tegas bekas Naib Presiden Umno, Muhammad Mohd Taib.

Menurut Mohamad, apa yang disebut bekas Perdana Menteri itu adalah sikap nyata Najib yang dapat dilihat hari ini dalam berdepan dengan beberapa isu besar seperti berlakunya pergolakan kaum dan agama yang tidak dapat ditanganinya.

Jelasnya, banyak perkara yang dibangkitkan Mahathir seolah-olah terbiar tanpa jawapan dan jalan penyelesaian. 
 
“Sebagai pemimpin, Najib kena tunjukkan sikap memandu negara ini dengan jelas. Kalau dibiarkan isu yang dibangkitkan ini berminggu-minggu dan berbulan- bulan, akan wujud kekeliruan.

“Makin ramai orang bercakap, makin banyak pihakpihak penghasut dan lebih banyak lagi isu-isu akan timbul,” katanya . 
 
“Apa yang disebut Mahathir datangnya daripada bekas seorang Perdana Menteri. Sepatutnya Najib mengambil langkah cepat dan tepat sebaik sahaja timbul teguran seperti ini,” tegasnya.

Mahathir dalam blognya 18 Ogos lalu menyatakan tidak ada pilihan lain selain menarik balik sokongannya terhadap Najib dan menegur tindakan Najib yang dilihat gagal menangani beberapa isu yang berlaku dalam negara. 
 
 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.