Saturday, August 30, 2014

MENGAPA KAK WAN ?

KRISIS MB Selangor semakin ke penghujung.  

Meskipun PKR dan DAP sudah sepakat untuk menghantar nama calon MB hanya seorang iaitu Kak Wan kerana Kak Wan telah memperolehi sokongan majoriti sekurang-kurangnya 30 orang, dan PAS masih bertindak sendirian untuk menghantar lebih dari dua nama calon yang dikatakan dari Adun PKR juga, pada aku krisis ini semakin sejuk berbanding sebelumnya.



Tidak sukar untuk difahami mengapa PAS bertindak berbeza dari rakan-rakan di kalangan PR walaupun PAS paling galak bermesyuarat.  Masalah bagi PAS adalah mengapa mesti Kak Wan?  Itu saja.  

Sebab itu PAS menambah satu lagi calon pilihan mereka iaitu Azmin Ali walaupun Azmin sendiri tetap menyokong Kak Wan sebagai MB Selangor.







Prinsipnya PAS setuju Kerusi MB Selangor adalah milik PKR.  Tetapi PAS mahu suara mereka didengari juga iaitu mereka seolah-olah keberatan menerima Kak Wan, Presiden PKR sebagai satu-satunya calon tungal yang ingin dipersembahkan ke Istana.  

Jangan salahkan PAS di dalam soal ini, cuma salahkan mereka yang masih enggan terima hakikat bahawa PKR juga ada sebab untuk meletakkan Kak Wan sebagai MB Selangor yang baru.  

Hanya DAP saja yang mungkin memahami mengapa PKR begitu komited inginkan Kak Wan berada di situ.



Bagi aku, sokongan aku pada Kak Wan sebagai MB Selangor bukan disebabkan Kak Wan itu isteri Anwar.  

Aku tahu Kak Wan lahir sebagai orang politik bukan kerana ditunjuk oleh Anwar.  Beliau muncul di kancah politik kerana menyedari tentang kezaliman dan menegakkan keadilan di negara ini.  

Awalnya tentulah beliau bangkit berjuang untuk membela nasib suaminya yang difitnah dan dizalimi.  Namun, setelah suaminya dibebaskan wajarkah Kak Wan berhenti berjuang sedangkan beliau sedar ramai lagi yang telah dizalimi.  Begitu juga dengan anak sulungnya Nurul Izzah. 

Beliau terpaksa bangkit bersama ibunya untuk meneruskan perjuangan bapanya.  Salahkah mereka berjuang?  







Di era kesusahan melanda, tiada siapa hirau mengapa Kak Wan dan anaknya diangkat rakyat sebagai pemimpin.  Tidak berbunyi pun kalimah 'nepotisme' kerana masing-masing ingin menumpang tuah hasil dari perjuangan keluarga Anwar ini.  

Kak Wan juga pernah diangkat sebagai Ketua Pembangkang bagi mengetuai PAS dan DAP di Parlimen.  Waktu itu tiada juga kalimah Kak Wan itu wanita atau nepotisme.  



Selaku seorang pejuang sejati yang pernah diuji dengan kesukaran dan kepayahan yang bukan kepalang, salahkah rakyat dan parti mengangkatnya tanpa perlu diarahkan atau ditunjuk oleh Anwar? 


Siapa boleh buktikan Kak Wan naik kerana Anwar mahu dia dipilih?  
Dia menang sebagai MP Parlimen Permatang Pauh adalah kerana sokongan rakyat.  Dia jadi Presiden PKR pun atas sokongan sebulat suara tanpa ada pertandingan. 

Kak Wan dikatakan menang di Permatang Pauh dulu kononnya itu memang kubu kuat Anwar.  Kak Wan membuktikan sebaliknya, beliau tampil di Dun Kajang dan beliau tetap diangkat oleh rakyat, bukan oleh Anwar.  Itu juga berlaku pada Nurul Izzah.  

Apa pun jawatan Nurul Izzah di dalam parti mahu pun sebagai Wakil Rakyat di Lembah Pantai, tiada langsung boleh dikaitkan dengan pertunjuk dari Anwar.



Ertikata lain, memang tepat PKR dan DAP mencalonkan Kak Wan di Kerusi MB Selangor.  Bukan soal Kak Wan itu isteri Anwar.  Sebelum ini TSKI jadi MB, tiada kaitan pun dengan keluarga Anwar. 

Andainya diletakkan Azmin sekalipun pastinya akan ada suara-suara sumbang yang mendakwa Azmin adalah "anak emas" Anwar.  

Begitulah politik yang tidak matang.  Politik sakit hati atau busuk hati.



Jika kita gagal lahirkan keluarga yang berjuang untuk rakyat, mengapa harus dengki dan sakit hati dengan keluarga Anwar?  

Perlukah kita dengki juga dengan keluarga Tok Guru Nik Aziz selaku Mursyidul Am PAS yang Majlis Syura adalah penentu semua calon Pilihanraya dari PAS?   

Adakah Majlis Syura yang diPengerusikan oleh Tok Guru Nik Aziz telah setuju Nik Abduh bertanding di Pasir Mas dan kini menjadi MP Pasir Mas boleh kita anggap satu 'nepotisme' juga?
  
Apakah anak Presiden PAS, Tok Guru Hj Hadi iaitu Ustaz Khalil yang kini menjawat jawatan Timbalan Ketua Pemuda PAS dan satu hari nanti bakal menjadi Wakil Rakyat akan kita sebut "nepotisme:" juga?  

Adakah "nepotisme" juga bila menantu Presiden PAS kini berada di dalam Syarikat Perangsang di bawah Kerajaan Negeri Selangor?  Aku samasekali tidak bersetuju dengan tafsiran "nepotisme: sedemikian.



Aku bersetuju Kak Wan dicalonkan sebagai MB Selangor hanyalah kerana itu keputusan parti, bukan kerana Kak Wan adalah isteri Anwar.  

Andainya selepas ini parti membuat keputusan baru meletakkan Azmin sebagai calon MB Selangor, aku akan akur kerana Azmin juga layak untuk dicalonkan kerana beliau orang lama di dalam parti dan menjawat jawatan Timbalan Presiden PKR juga sebagai Pengerusi PKR Negeri Selangor.  

Sokongan aku pada Azmin bukan kerana Azmin itu dikatakan "anak emas" Anwar.



Kemelut MB Selangor pastinya menjadi lebih mudah jika PR boleh bermuafakat dan saling menghormati.  Pihak Istana juga diharapkan dapat membuat keputusan berlandaskan konsep Raja Berperlembagaan.  

MB Selangor seharusnya dipilih dari suara Wakil2 Rakyat yang mempunyai majoriti kerana itu adalah suara rakyat.  Meskipun tidak dinafikan Sultan mempunyai hak memilih mengikut budi bicaranya, namun aku yakin semangat Raja Berperlembagaan itu tetap menjadi keutamaan. 





Sudah pasti ada "RAHSIA TENTENTU" yang disembunyikan kenapa Anwar memilih isterinya Kak Wan untuk menduduki kerusi MB Selangor. 

Cuba kita renungkan sejenak, kalau Amwar mahu mengkhianati rakyat dan mementingkan diri sendiri - sudah lama ianya berlaku - sejak pemecatan beliau pada tahun 1998 lagi beliau berjuang bersama rakyat. 

Ini kah balasan pengorbannan beliau selama ini - dimaki dihamun dengan tohmahan berbagai rupa ? - Tentu sekali pihak UMNO akan mencari helah supaya Dr. Wan Azizah tidak menduduki kerusi MB - kerana segala perancangan mereka untuk merampas Selangor tidak akan mudah, sebab Anwar bersama dengan Kak Wan. 


YAKIN DAN PERCAYA lah dengan "kebolehan" Anwar dengan strategi "LANGKAH KAJANG"..... 


Sebagai pejuang dan pemimpin - dia hanya boleh PERCAYA kepada isterinya - sahabat karibnya sendiri TS Khalid Ibrahim pun boleh BELOT dengan beliau setelah dilantik menjadi MB Selangor,. 

Anwar nak PERCAYA PADA SIAPA LAGI..... Hanya isterinya sahaja. Kita semua "SEDIA MAKLUM" bila Kak Wan yang menjadi MB Selangor - sudah pasti POLISI DAN CARA PEMERINTAHAN DI SELANGOR ADALAH MENGIKUT ACUAN DS ANWAR.... sebab itu UMNO paling takut Sultan berkenan untuk melantik Kak Wan.... oleh demikian, kita sebagai penyokong dan pendokong REFORMASI 1998 jangan berganjak dan berpaling tadah kepada DS Anwar Ibrahim - 


Beri lah semangat dan sokongan yang tidak BERBELAH BAGI.... Insyallah.... Kita akan Berjaya melangkah ke Putrajaya. Aminnn Ya Rabbal Alaminnn.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.