Thursday, August 28, 2014

Media Barat Cuba Menyerang MAS dengan gambar Pesawat yang Kosong




Setelah dua tragedi besar melanda syarikat penerbangan Malaysia MAS baru-baru ini, pelbagai andaian dibuat terhadap reputasi syarikat penerbangan itu. 


Memang tidak dinafikan, reputasi MAS sedikit tergugat, tetapi tidaklah seteruk yang diwar-warkan oleh media, terutamanya media barat.

Dua gambar yang menunjukkan gambar penerbangan MAS yang menunjukkan kabin kosong dijadikan sumber bagi media terutamanya dari barat untuk membuat cerita bahawa reputasi MAS telah tergugat..

Berita dari mashable.com "MAS bakar $2Juta Sehari, sedangkan pesawat semakin kosong", menjadi popular dan viral di internet.

Tetapi, pemilik asal gambar telah menceritakan keadaan sebenar setelah terkejut gambarnya telah masuk di dalam media.



Petikan dari deskripsi gambar beliau berbunyi "Terkejut kerana gambar ini berada di dalam media!. Sesiapa yang pernah naik kapal terbang tahu, keluarga yang ada anak kecil dibenarkan naik dahulu. 

Kapal terbang itu tidak kosong, sebaliknya ia penuh. Ianya sedih apabila pujian atas layanan(gambar) yang saya berikan digunakan untuk menyerang syarikat penerbangan yang sedang menghadapi saat getir. Kita sepatutnya memberikan semangat."

Mengenai gambar kedua pula, seorang pengguna yang berada di dalam pesawat yang sama turut menceritakan keadaan sebenar.



Keadaan pesawat tidaklah sekosong yang disangkakan. Leanne Marotta, yang menggunakan nama twitter @lee0173 yang turut menceritakan keadaan sebenar. Beliau mengambil gambar lelaki diatas iaitu sepupunya yang menaiki pesawat yang sama.


Menurut Leanne, memang kurang penumpang pada waktu itu. Tetapi setelah dia menanyakan seorang lelaki kenapa tempat 'check-in' kosong. Lelaki itu menjawab, "kerana sekarang masih di awal pagi(5:30 pagi)", dan dia menganggarkan lebih kurang 60 orangmenaiki kapal terbang yang sama.

Nampaknya, jelas dan nyata usaha pihak tidak bertanggung jawab yang membuat spekulasi hanya kerana dua gambar ini. 


Spekulasi tentang reputasi buruk MAS ini telah dilaporkan di beberapa laman berita barat seperti mashable.com, Yahoo Singapore News, New York Daily News, Metro UK dan juga beberapa laman berita tempatan.

Jelas sekali usaha mereka untuk menjatuhkan imej MAS dan Malaysia

- SiakapKeli

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.