Sunday, August 31, 2014

MAS hukum 6,000 pekerja, kata Anwar

  
Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan tindakan Malaysia Airlines yang didakwanya “menghukum” 6,000 kakitangan atas kelemahan pengurusan syarikat tersebut.


“Tidakkah anda terfikir tentang masa depan 6,000 keluarga yang terjejas? Bolehkan anda merenung perkara itu buat seketika?

"Adakah itu salah mereka? Adakah mereka malas? Adakah mereka tidak cekap? Salah siapa sebenarnya?

“Kenapa anda perlu hukum orang ini sedangkan orang yang melakukan jenayah (menyebabkan MAS rugi) diberikan pampasan sewajarnya?,” katanya dalam ucapan di Puchong hari ini.

Anwar merujuk kepada langkah penstukturan semula MAS melibatkan pakej RM6 bilion yang diumumkan semalam oleh Khazanah Nasional

Antara lainnya, ia melibatkan pemberhentian 30 peratus pekerja.

Bercakap kepada pemberita selepas ucapannya, Anwar berkata 6,000 kakitangan itu tidak sepatutnya dikorbankan, sedangkan pengurusan kanan MAS terselamat.

Bagaimanapun beliau mengakui bahawa syarikat tersebut perlu distruktur semula.

Dalam ucapannya terdahulu, Anwar berkata MAS sebelum ini merekodkan jumlah berbilion ringgit dalam bentuk keuntungan.

Namun, ia masalah pengurusan berlaku ketika syarikat itu diteraju oleh Tan Sri Tajudin Ramli sebagai ketua pegawai eksekutif, katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.