Wednesday, August 27, 2014

Kenyataan Media - Rasionalisasi Najib disabotaj dari dalam Kabinet

RASIONALISASI NAJIB BERMULA DENGAN GAGAL
 
SAMM ingin menegaskan iaitu program rasionalisasi (pemotongan subsidi) bukan sahaja mendera rakyat tetapi ia telah gagal, bukan disabotaj pembangkang tetapi oleh orang dalam kelambu dia sendiri.

Sejak dari awal lagi rasionalisasi (sila faham dengan maksud pemotongan) khususnya harga bahan api adalah satu projek gagal oleh Datuk Seri Najib Tun Razak. Rasionalisasi hanya bukti bagaimana Najib hilang idea menjana ekonomi negara dan hanya tahu memotong hak rakyat (subsidi). 
 
      Maka rakyat yang sememangnya susah dihimpit tekanan ekonomi global akan terus tersepit dengan kerajaan yang gagal menjana ekonomi negara melindungi rakyat.
      Kegagalan rasionalisasi (pemotongan subsidi) ini lebih parah apabila Perdana Menteri dikelilingi dengan anggota cabinet yang korup dan berkepentingan.

YB Dato’ Seri Abd. Wahid Omar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggung jawab kepada Unit Perancangan Ekonomi di mana program rasionalisasi (pemotongan subsidi) ini diseliakan. 
 
      Namun SAMM terbaru mendapat maklumat bagaimana beliau sendiri terpalit dalam beberapa isu berkenaan pelaksanaan rasionalisasi (pemotongan subsidi) khususnya bahan api. 
 
   Terbaru SAMM dijemput dalam pertemuan meja bulat menemui beberapa tokoh korporat termasuk dari syarikat yang ada hubung kait kerajaan, mereka meluahkan bagaimana kegiatan menyalin kertas cadangan berlaku di EPU. 
 
      Menurut rungutan mereka bukan sedikit ahli perniagaan menjadi mangsa fotokopi ekspress ini, alasan seperti ketelusan, keterbukaan dan integriti telah disalahgunakan untuk membolehkan penyaduran yang akhirnya menjaga kepentingan dinasor korporat besar kroni berkepentingan.
SAMM ingin menimbulkan pertanyaan kepada Wahid Omar selaku Menteri yang bertanggungjawab.

Mengapa program subsidi petrol yang seharusnya dimulakan 2009 gagal ? Benarkah tuduhan yang berlegar kononya ia berkaitan menyaduran kertas cadangan seperti mana yang diperkatakan ? 
 
 
    Berapakah bayaran yang telah diterima oleh Maybank dan IRIS daripada kerajaan? Siapakah dan bagaimanakah, proses perlantikan IRIS berlaku ? 

Kerana itulah SAMM semakin gusar dengan pelaksanaan program rasionalisasi (pemotongan subsidi) yang diperkenal Najib Razak ini. 
 
    Ia bukan sahaja kerana pemotongan subsidi yang bakal mendera rakyat tetapi sistem perlaksanaan yang sagat lemah diragui dengan terlalu banyak pihak yang mengambil kesempatan.

Kepada Perdana Menteri atau kerajaan jangan hanya tahu menuduh pembangkang tidak memahami dan mensabotaj program – program kamu yang kononya baik untuk rakyat tetapi fahamilah apa berlaku di pihak kamu, di keliling Perdana Menteri itu sendiri penuh golongan berkepentingan yang sentiasa mengambil kesempatan.

SAMM mendesak Wahid Omar, tampil dengan penjelasan yang jujur mengenai perkara ini. SAMM sekadar menyampaikan kegusaran dan keluhan warga korporat yang mana apa yang mereka gusarkan mampu jadi impak besar kepada kehidupan rakyat. SAMM bersedia tampil dengan pendedahan berdokumen selepas mendapat respon dari Wahid Omar.

Sekian.

che’GuBard
Pengasas SAMM

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.