Saturday, August 30, 2014

Akhirnya Najib Jawab Tuduhan Mahathir.. Ini Penelasannya


Datuk Seri Najib Razak hari ini enggan mengulas lanjut kritikan yang dilemparkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terhadapnya kerana menyifatkan ia hal dalaman Umno.

Perdana menteri berkata kebanyakan pemimpin Umno sudah memberikan kenyataan berhubung isu berkenaan dan sokongan mereka tetap teguh terhadap pucuk pimpinan parti."Kebanyakan pemimpin Umno sudah buat kenyataan. Saya ingat perkara ini pendirian Umno.

Mereka berikan sokongan kepada pimpinan sedia ada. Di samping itu, mereka menghormati Tun sebagai orang lama.Kita anggap ini soal dalaman Umno. Kita harap ia dapat diuruskan sebaik-baiknya," katanya ketika menjawab soalan media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Menara Dato' Onn hari ini.


Dr Mahathir baru-baru ini menarik sokongan yang diberikan kepada Najib kerana menyifatkan presiden Umno itu terlalu berlembut dalam hal yang menyentuh kepentingan negara.

Katanya, undang-undang pencegahan seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dimansuhkan menyebabkan ramai ketua penjahat kini yang sedang berkeliaran.

Bagaimanapun, beberapa menteri Kabinet tetap berdiri teguh menyokong Najib termasuk Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Tengku Adnan berkata tiada masalah bagi Dr Mahathir untuk menegur pimpinan kerajaan namun ia hendaklah dibuat secara tertutup.Katanya, pemimpin Umno bersedia mengadakan pertemuan bersama Dr Mahathir bagi memahami apa yang disuarakan bekas perdana menteri itu.

Hishammuddin berkata keupayaan Najib tidak boleh dipertikaikan, terutamanya apabila beliau berjaya mengadakan rundingan bersama ketua pemberontak pro-Rusia Alexander Borodai mencapai persefahaman dalam krisis pesawat Malaysia Airlines MH17. ~tmi

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.