Mihai
percaya dia dihubungi mendiang neneknya dari 'alam lain' menerusi
gambar selfie yang ditemui di dalam telefon bimbitnya. Foto CEN
SEORANG wanita warga Romania mendakwa neneknya yang meninggal dunia telah menghubunginya dari 'kubur' dengan mengirimkan gambar selfie.
Gina Mihai, 34,
berkata, dia menemui sekeping gambar mendiang neneknya di dalam telefon
bimbitnya dan mempercayai roh neneknya itu sedang cuba untuk
mendapatkan bantuan selepas seorang tukang tilik nasib memberitahunya
bahawa neneknya sedang dihukum 'di dalam kehidupan lain'.
"Saya terkejut selepas melihat wajah nenek saya yang telah meninggal dunia di dalam telefon bimbit," katanya.
Mihai berkata,
di dalam gambar itu terdapat sesuatu kelihatan seperti seekor ular yang
melingkari leher mendiang neneknya, dan keseluruhan imej kelihatan
seperti diambil menerusi satu lubang seolah-olah sebagai gambaran yang
memisahkan antara yang hidup dan yang mati.
Tambahnya:
"Saya menunjukkan gambar itu kepada seorang tukang tilik nasib yang
kemudiannya memberitahu saya bahawa mendiang nenek saya cuba untuk
menyampaikan mesej dari alam lain, dan ular yang melingkari lehernya
merupakan simbol dia sedang dihukum dari dunia lain kerana melakukan
dosa.
Mihai percaya
dia mungkin antara punca mendiang neneknya dihukum kerana tidak membawa
makanan ke kubur neneknya, satu penghormatan secara tradisi yang
dilakukan sebagai sedekah semasa perayaan orang Romania. - metro.co.uk
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.