Tuesday, July 22, 2014

VIDEO - MH17 : Russia dedahkan bukti Jet Pejuang Ukraine ada hampir Pesawat

 

Akhirnya setelah mendiamkan diri dan menjadi sasaran serangan media-media barat Pro US pihak Russia kini bersuara mendedahkan bukti yang menafikan keterlibatan mereka dalam insiden MH17.

Penafian mereka lengkap dengan imej satelit dari Kementerian Pertahanan mereka..

Buat yang dah percaya bulat-bulat laporan-laporan dari media barat yang Pro US itu berhentilah dari membiarkan diri terus diperboodohkan media yang dikawal US itu..

Cuba fikirkan tragedi 911 itu angkara siapa? dan adakah benar dan terbukti tuduhan US bahawa Saddam Hussein itu memiliki WMD hingga menyebabkan beliau kehilangan nyawa?

Nyawanya dah melayang hanya kerana dongeng pihak US itu dalam masa yang sama entah berapa juta tong minyak sudah dilarikan ke US..

Adakah benar Ossama Bin Laden itu wujud? atau ianya sekadar satu dongeng untuk membolehkan US menceroboh Afghan dan meneruskan projek minyak mereka yang terpaksa disalurkan merintasi Afghan?

Jadi jangan biarkan diri kita sekali lagi menjadi mangsa pembodohan pihak US..


...Rusia mengemukakan bukti-bukti kukuh menafikan penglibatan mereka serta puak pemisah yang disokongnya dalam insiden MH17 sebaliknya mendakwa jet pejuang Ukraine berada dalam laluan yang sama kira-kira lingkungan tiga hingga lima kilometer daripada pesawat milik Malaysia Airlines System Bhd. (MAS) pada waktu kejadian.

Ia dikesan menerusi sistem lokasi radio milik Rusia bagaimanapun menurut Duta Rusia ke Malaysia, Lyudmila G. Vorobyeva pihak kementerian pertahanan republik itu tidak dapat mengenal pasti tujuan sebenar pesawat pejuang tersebut berada di laluan berkenaan.


Dalam pada itu, Lyudmila menegaskan pihak pemberontak tidak mempunyai angkatan tentera udara serta tidak memiliki sistem peluru berpandu BUK yang digunakan untuk menembak jatuh MH17 adalah amat sofistikated dan memerlukan kemahiran tinggi untuk mengendalikannya.

“Menuduh Rusia sebagai salah satu pihak yang terlibat dalam insiden MH17 adalah sesuatu yang tidak berasas, memang kami mempunyai pelancar peluru berpandu BUK tetapi ianya berada di kawasan kami sahaja.

"Tetapi hasil kajian terhadap imej yang direkodkan oleh sistem lokasi radio mendapati kawasan di mana pelancar itu dikesan melepaskan bedilan ke atas pesawat MAS menunjukkan ia berada di dalam wilayah yang dikuasai Ukraine manakala Rusia tidak pernah memasuki kawasan tersebut," katanya.

Bagi pihak pemisah pula tidak mempunyai kelengkapan dan kemahiran untuk mengendalikan sistem BUK yang sangat sofistikated, mereka hanya mempunyai sistem yang mampu menembak dalam jarak kira-kira lima kilometer sahaja.

Ukraine pula memang sudah diketahui umum mempunyai sistem BUK.

Ini antara bukti-bukti sahih yang kami ada jadi jika Amerika kata mereka ada bukti, sila kemukakan bukti yang sahih dan disahkan kerana apa yang telah mereka kemukakan sejak insiden ini berlaku adalah palsu,” katanya semasa sidang media di Kedutaan Rusia di sini hari ini.

Ketika ditanya mengapa Rusia mengambil masa sehingga lima hari sebelum mengemukakan bukti bagi menafikan penglibatannya dalam kejadian tersebut, dengan sinis Lyudmila menjawab: “Pengumpulan bukti memang memerlukan sedikit masa selain perlu dilakukan analisis mendalam sebelum dihebahkan.”

Antara bukti yang pernah dikemukakan oleh Amerika Syarikat sebelum ini adalah konvoi yang disertai 150 kenderaan artileri, trak dengan pengawal bersenjata, pelancar roket berganda dan kereta kebal telah bergerak daripada Rusia ke kawasan ini dan kesemua barangan tersebut telah diberikan kepada puak pemisah.

Amerika Syarikat juga mendakwa berjaya melakukan pintasan suara dan video yang menunjukkan pelancar sedang bergerak ke Rusia dengan sekurang-kurangnya sebuah peluru berpandu telah hilang.

Bagaimanapun, menurut Lyudmila kesemua bukti itu telah disahkan palsu selepas Kementerian Pertahanan Rusia menjalankan kajian mendalam.

“Kami tidak pernah membekalkan senjata serta melatih puak pemisah seperti yang didakwa Amerika Syarikat malah para pemberontak tersebut tidak mempunyai senjata-senjata canggih yang mampu menembak sebuah pesawat yang berada di ketinggian lebih 30,000 kaki.

Mengenai pintasan suara dan video pula, kami mendapati ianya telah disunting di mana rakaman-rakaman tersebut dicantumkan menjadi satu klip. Malah terdapat rakaman yang direkodkan sebelum 17 Julai lagi,” tegasnya.

Tambah wanita itu lagi, keengganan pihak Ukraine untuk melakukan gencatan senjata selepas insiden tersebut berlaku menyebabkan pihak pemisah tidak memberikan akses kepada pihak penyiasat mahupun badan-badan antarabangsa untuk memasuki lokasi kejadian atas faktor-faktor keselamatan.

Malah mereka juga tidak menyentuh mayat ataupun barangan berkaitan mangsa kerana mematuhi arahan masyarakat antarabangsa yang mahukan semua bukti bebas daripada unsur pencemaran atau penipuan.

“Selagi kerajaan Kiev tidak bersetuju untuk melakukan gencatan senjata, selagi itu kawasan tersebut tidak boleh dimasuki oleh pasukan antarabangsa kerana ianya adalah kawasan perang manakala pihak pemisah juga terpaksa membalas balik serangan yang dibuat bagi mempertahankan diri,” jelasnya.

Beliau yang ketika kejadian berlaku sedang berada di Moscow sangat terkejut apabila mendengar berita yang menimpa 298 penumpang dan anak kapal MAS yang mati selepas pesawat mereka ditembak jatuh oleh peluru berpandu yang dilancarkan pelancar BUK.

Lyudmila turut menyatakan rasa simpati kepada ahli keluarga mangsa dan menyatakan komitmen kerajaan Rusia untuk melakukan sehabis daya untuk membantu mengetahui sebab bagaimana kejadian pada 18 Julai itu boleh berlaku.--MalaysiaGazette



Lihat image-image dari satelit di Ukrainian Buk missile system transported to militia-held area

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.