Pengemis Tua Mati Tinggalkan Harta RM2.5 Juta
Tranungkite
Seorang
wanita warga emas warganegara Arab Saudi berusia 100 tahun, Eisha telah
menggemparkan kawasan kejiranan sebaik sahaja meninggal dunia.
Seorang
individu cacat penglihatan yang hanya bergantung hidup melalui kegiatan
mengemis rupa-rupanya menyimpan kekayaan seperti seorang jutawan apabila
dia meninggalkan harta berjumlah SAR3 juta (2.5 juta) termasuk empat
buah rumah di Jeddah, barangan kemas dan syiling emas.
Salah
seorang jirannya iaitu Ahmeh Al-Saeedi yang membesar bersama Eisha sejak
mereka kecil lagi menyatakan si mati tidak mempunyai ahli keluarga lain
melainkan ibu dan kakaknya yang mana mereka pun bergelar pengemis
sehinggakan aktiviti tersebut berjaya menjadikan mereka kaya raya dan
menyimpan aset seperti orang kaya lain di sana.
“Mereka
sentiasa mendapat perhatian dan simpati daripada masyarakat yang
prihatin dengan hidup miskin mereka terutama ketika musim perayaan hari
raya Aidilfitri. Eisha pun masih terus mengemis walaupun selepas
kematian ibu dan kakaknya.
Eisha hanyalah seorang warga emas yang buta dan sebatang kara di dunia ini (selepas kematian ahli keluarganya),” katanya.
Al-Saeedi
turut mengakui dirinya tahu mengenai kekayaan yang dimiliki Eisha hasil
daripada kerja mengemisnya dan sebelum ini dia juga pernah menasihati
wanita tersebut untuk berhenti daripada terus mengemis.
“Saya
memintanya berhenti daripada mengemis memandangkan dia sudah mempunyai
kekayaan yang cukup mewah tapi dia sentiasa menolak kerana merasakan
hartanya masih tidak mencukupi sekiranya berlaku sebarang kecemasan di
masa hadapan,” tambahnya lagi.
Harta
benda yang ditinggalkan Eisha akan diambil alih oleh pihak berkuasa
untuk sebarang tindakan lanjut berhubung aset yang dimiliki pengemis
cacat penglihatan itu.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.