Thursday, July 24, 2014

Bongkar, Kapal TKI Aceh Karam Sengaja Dilanggar Kastam M'sia?


Kapal TKI Aceh karam diduga sengaja ditabrak Kastam Malaysia


 Teka-teki penyebab tenggelamnya kapal pengangkut 96 Tenaga Kerja Indonesia (TKI) di perairan Sungai Hitam, Selangor, akhir Jun lalu sudah mulai terbongkar.  

Kapal nahas tersebut diduga
sengaja dilanggar oleh pegawai Kastam Malaysia.

Petunjuk sengaja ditenggelamkan dengan cara dilanggar mengingat saat ini beberapa orang dari pegawai Kastam Malaysia tersebut sudah dijadikan suspek oleh pihak polis Malaysia.

Minister Konsular Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI) Kuala Lumpur Ahmad Irfan berkata pada awak media, insiden tenggelamnya kapal yang memakan korban sebanyak 14 orang itu sedang disiasat, dan kini sudah mula ada titik terang untuk pendedahan kes tersebut.

"Dugaan sementara kapal pendatang tersebut sengaja dilanggar oleh kapal Kastam Malaysia, ada unsur kesengajaan, oleh kerana itu kita berharap polis Malaysia boleh segera membuktikan kes tersebut," kata Ahmad Irfan di Lapangan Terbang Sultan Iskandar Muda Blang Bintang, Aceh Besar, Khamis (24/7 ).

Dikatakannya, untuk mendalamkan pengusutan kes kapal karam tersebut, polis Diraja Malaysia sudah memeriksa beberapa orang pegawai Kastam yang saat itu berada dalam kapal yang sedang membuat rondaan itu.  


Polis Diraja Malaysia juga telah menetapkan beberapa orang suspek dari pihak Kastam Malaysia

"Jumlah pastinya saya belum tahu, kerana belum disebutkan, 'tuturnya.

Kedatangan Ahmad ke
Banda Aceh adalah untuk mengantar 11 daripada 61 pendatang asal Aceh yang selamat dari kapal karam tersebuttiba di Banda Aceh
 semalam Rabu (23/7) melalui Lapangan Terbang Sultan Iskandar Muda (SIM).  


Sedangkan selebihnya masih berada di Malaysia dan Kerajaan Indonesia akan terus berusaha untuk memulangkan mereka semua dalam waktu dekat.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.