Kerana kuatnya dakwaan terdapat campur tangan politik berhubung penyingkiran Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman sebagai Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya UM (UMcedel) dan juga Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial (FSSS), selepas solat Jumaat hari ini, kira-kira 50 pelajar dan aktivis siswa berhimpun depan bangunan Canseleri bagi menuntut kebebasan akademik yang didakwa telah hilang di kampus perdana itu.
Mereka berjalan hampir satu kilometer dari pintu masuk UM Kuala Lumpur ke bangunan itu, menuntut untuk bertemu Naib Canselor Prof Datuk Dr Mohd Amin Jalaluddin.
Kedengaran ada ahli kumpulan turut melaungkan 'Turun Prof Amin' dan mereka bertegas tidak akan bergerak dari tangga bangunan tersebut sehingga Mohd Amin turun menemui mereka.
Malaysians Must Know The Truth
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.