Ada 14 Negeri di Malaysia dan ada 14 majlis fatwa.
Kassim
Ahmad hanya "Murtad" Dan "kufur"
di Trengganu sahaja, baik tak payah keluar kenyataanlah, keluar
kenyataan pun buat serabut kepala rakyat Malaysia saja.
Eloklah kalau
macam nih lepas nih nanti adalah negeri keluar fatwa yang kata Kassim
Ahmad tidak murtad baru semua ada akal nak ikut keputusan yang mana.
Semuanya pasal mulut Jamil Khir.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata tindakan Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu
memutuskan aktivis politik dan sosial Dr Kassim Ahmad sebagai murtad merupakan
pandangan negeri berkenaan dan tidak berkuat kuasa di negeri lain.
Beliau berkata
fatwa tersebut merupakan pandangan mufti Terengganu dan keputusan itu
dipersetujui pada peringkat negeri berkenaan.
"Saya fikir
fatwa itu hanya diputuskan oleh pihak Majlis Agama Islam Terengganu, ia
merupakan pelaksanaan keputusan berdasarkan kuasa dan peruntukan yang
diberikan.
"Jadi itu di
Terengganu, kalau yang lain nak ikut itu terpulang," katanya pada sidang
media pelantikan mufti baru dan Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan
Hukum Syarak Wilayah Persekutuan hari ini di Putrajaya.
Semalam
Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Islam Terengganu, Datuk Mohd Rozali Salleh
berkata keputusan itu dicapai dalam satu mesyuarat khas kali pertama
jawatankuasa itu yang bersidang pada 9 Mac lalu.
Mohd Rozali
berkata, "Fahaman atau golongan tersebut adalah sesat, menyeleweng dan
menjadi ancaman kepada ketenteraman awam serta merosakkan akidah mereka.
"Berdasarkan
kepada ucapan yang telah disampaikan oleh Kassim Ahmad, terdapat unsur
penyelewengan antaranya mempertikaikan syahadah yang kedua, mengingkari
dan mempertikaikan hadis sebagai sumber hukum, mempertikaikan hukum
rambut perempuan sebagai aurat, hukum selawat dan membenarkan jenayah
murtad berlaku dalam masyarakat," katanya.
Apabila ditanya
apakah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) akan menurut
langkah Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu itu beliau berkata ia
terpulang kepada mufti untuk memutuskan.
Sementara itu
Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Zulkifli Mohamad berkata, tidak ada lagi
keputusan yang dibuat bagi peringkat Wilayah Persekutuan sama ada ingin
mengeluarkan fatwa sama seperti Terengganu.
"Saya tidak
akan buat keputusan lagi kerana perlu lihat dari aspek lain juga kerana
ia isu semasa (seminar) yang berlaku ketika itu, apapun kita akan
berbincang dengan sahabat lain,” katanya.
Bagaimanapun
beliau yang baru sahaja menggantikan Datuk Wan Zahidi Wan Teh berkata,
secara peribadinya tidak menyanggah fatwa yang diputuskan negeri
Terengganu itu.
"Mengikut pandangan peribadi, saya tidak menyanggah kalau dari sudut salah tetap salah," katanya kepada The Malaysian Insider.
Sementara itu
Khir dalam ucapannya ketika penyerahan lantikan mufti baru menyelar
pihak yang mempertikaikan fatwa dikeluarkn mufti.
"Lantikan
mufti itu adalah diperkenankan sultan dan segala fatwa melalui kajian
dan perbincangan menyeluruh. "Segala hukum hakam yang dikeluarkan mufti
adalah tepat," katanya.
Tikaqbuloh.blogspot
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.