Tuesday, June 24, 2014

VIDEO - " Lihatlah Aksi Para Pejuang-Pejuang Kalimah Allah PERKASA "


Kita akan bawa isu kalimah Allah ini sehingga keperingkat yang tertinggi dan kita akan pertahankan kalimah Allah ini hingga ketitisan darah yang terakhir. Cakap berapi-api nak pertahan kalimah Allah ja lain tak payah pertahan ???.



Mana kamu pergi ketika negara digemparkan dengan kematian remaja Islam akibat pengambilan dadah berlebihan dalam konsert maksiat besar-besaran yang diluluskan oleh pihak kerajaan ???.



Mana kamu semua pergi tatkala MCA dan MIC serta sesetengah pemimpin UMNO itu sendiri menolak bahkan menghina hukum Allah iaitu Hudud ???.



Mana kamu pergi ketika negara dikejutkan dengan kenyataan Vincent Tan yang bakal membuka casino kedua di Pahang Malaysia ???.



Deyy macha. Agama Islam itu luas, kamu nak pertahankan agama Allah banyak banda yang kamu boleh buat. Bukan hanya mempertahankan Kalimah Allah sahaja tetapi benda-benda maksiat yang lain bahkan lebih teruk daripada isu kalimah Allah kamu diamkan begitu sahaja. Inikah yang kamu panggil pertahankan Agama Allah hingga ketitisan darah terakhir ???.



Satu perkara kamu semua tahu tapi buat bodoh. UMNOlah yang meluluskan penggunaan kalimah Allah dalam Bible Bahasa Melayu di Sabah dan Sarawak. 



Jadi mengapa kamu bantah jika orang bukan Islam di Semenanjung menuntut hak sama rata seperti apa yang diberikan kepada rakyat Sabah dan Sarawak. Jangan jadi bodoh. Kamu berani kamu arahkan UMNO tarik balik penggunaan Kalimah Allah di Sabah dan Sarawak.



Aku secara jujurnya juga tidak berapa setuju dengan penggunaan kalimah Allah ini kalau ianya digunakan pada jalan yang tidak betul. Tapi kamu semua harus ingat fakta yang benar bahawa UMNOlah yang mulakan permulaan penggunaan kalimah Allah ini dalam Bible Bahasa Melayu.



Buat Tok Him sudah-sudahlah nak memecahbelahkan masyarakat Malaysia nih. Hanya orang buta sejarah sahaja yang menyokong PERKASA dalam memperjuangkan kalimah Allah yang UMNO sendiri telah mulakan.




Komen:  Ayat Pertama Sudah Mengesahkan 
Alhamdulillah HiRobbil Alaminnn
"ALLAH ITU TUHAN SEMESTA ALAM" 

Tidak ada pulak dikatakan Alhamdulillah HiRobbil Musliminnnn.
ALLAH ITU TUHAN BAGI MUSLIMIN....

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.