Wednesday, June 4, 2014

Pemuda Umno tidak mahu Perkasa, Isma sertai kumpulan NGO baharu. OLEH HASBULLAH AWANG CHIK


Pemuda Umno anggap tiada keperluan Perkasa dan Isma menyertai Biro Hubungan NGO. Gambar fail The Malaysian Insider.




 Pemuda Umno anggap tiada keperluan Perkasa dan Isma menyertai Biro Hubungan NGO. Gambar fail The Malaysian Insider.
 
Pemuda Umno anggap tiada keperluan Perkasa dan Isma menyertai Biro Hubungan NGO. Gambar fail The Malaysian Insider.Pemuda Umno hari ini berpendapat tiada keperluan bagi Perkasa dan Isma untuk menyertai Biro Hubungan NGO yang baharu ditubuhkan mereka sebaliknya cukup saling berhubung dengan dua NGO itu.
 
Pengerusi Biro Hubungan NGO, Khairul Firdaus Akbar Khan, berkata apa yang paling penting adalah memahami agenda NGO berkenaan supaya segala isu yang dilontarkan dapat dilihat dengan lebih adil.

“Kita tidak perlu mengarah atau mempelawa mereka. Cuma yang paling penting hubungan. Setiap NGO di Malaysia perlu ada hubungan. Dengan Bersih pun kita kena ada hubungan. Tidak perlu mereka masuk ke payung NGO kita.

“Tanpa hubungan, kita tidak tahu agenda mereka. Apabila melakukan pendekatan dan memahami agenda, kita boleh lihat perkara itu lebih jelas dan adil,” katanya pada majlis makan tengahari bersama media di Kuala Lumpur, hari ini.

Biro Hubungan NGO merupakan biro baru yang ditubuhkan di bawah sayap Pemuda Umno bagi mengukuhkan hubungan Pemuda dengan NGO di serata Malaysia.

Enam kluster yang ditekankan oleh NGO di bawah gabungan itu adalah pendidikan, ekonomi dan kos sara hidup, keselamatan, perancangan keluarga, kepenggunaan serta agama. – 4 Jun, 2014.


themalaysianinsider.com.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.