Pengerusi Hindraf P Waythamoorthy berkata, perjanjiannya bersama Barisan Nasional (BN) April lalu adalah kerana terpaksa berikutan tiada pihak lain yang ingin membela kaum India.
"Kita tahu kita menandatangani perjanjian bersama Iblis kerana kita tidak dapat jumpa malaikat.
"Kita secara jelasnya terpaksa menyokong kerajaan tetapi hati kita berdarah. Amat sukar bagi kita untuk menunjukkan sokongan kepada BN secara terbuka," katanya dalam sebuah majlis di Melbourne, baru-baru ini.
Pada April 2013, Hindraf menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) bersama BN bagi menyatakan sokongan persatuan tersebut kepada kerajaan BN.
Waytha kemudiannya dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri memegang port folio membela masyarakat India namun meletakkan jawatan selepas permintaan mendapatkan segala peruntukan kepada masyarakat India diletak dibawah seliaannya ditolak.
Selepas meletakkan jawatannya, Waytha bertindak menghentam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan mendakwa Najib pemimpin lembut yang kurang semangat politik untuk membuat keputusan dan mendesak sesebuah perjanjian dilaksanakan.
Ketika berucap di Melbourne, Waytha turut menyelar parti komponen BN yang tidak menyokong Hindraf ketika berada di dalam barisan menteri kabinet.
"Terdapat juga bantahan dari MIC kerana sekiranya kita berjaya menyelesaikan isu ini maka mereka tidak lagi relevan.
"Terdapat juga Ultra-UMNO yang tidak mahu kita melakukan kerja kerana mereka tidak mahu memaafkan kita kerana menaikkan isu sensitif mengenai Artikel 153," dakwa Waytha lagi lapor
Rakyat News
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.