Monday, June 23, 2014

Artis Ini Terima Azab Tuhan Kerana Cuba Runtuhkan Masjid


Berita yang agak (atau sebenarnya tidak) mengejutkan semua pihak hari ini nampaknya, Hanez Suraya dalam satu kenyataan kepada Harian Metro yang seakan berkata hubungannya dengan Romie, yang juga masih bergelar suami orang kini sudah berakhir.

Baca elok elok kenyataan Hanez Suraya ini kalaulah tersilap faham maksudnya.


“Saya tidak mampu berbuat apa-apa. Bayangkan setiap kali isu perceraian Romie dan Liyana dibangkitkan, nama saya diheret sama. Dalam perbicaraan pun nama saya tidak disebut, tetapi alih-alih di laman sosial nama saya dikaitkan”

“Saya menjadi bahan cemuhan dan hinaan. Saya tidak faham mengapa ia terjadi, sedangkan sebelum ini saya tegasan apa jua masalah yang berlaku antara Romie dan Liyana, jangan kaitkan nama saya. Saya sudah korbankan hubungan kami”

“Cuma orang yang tidak tahu keputusan yang saya ambil sebab saya bukan jenis semua perkara mahu dipukul canang. Apa yang saya fikir sekarang mahu teruskan kerjaya tetapi nampaknya orang masih terus menuduh dengan membuat pelbagai dakwaan negatif. Saya habis punca walaupun mengambil keputusan sejauh ini”

“Saya bersedia mengundur diri memandangkan masalah dihadapi hanya mereka yang tahu dan faham. Cuma saya minta apa jua masalah, selesaikan berdua dan jangan babitkan nama saya. 


Ini kali kedua saya menyatakan perkara sama. Jika saya tidak lagi ada dan wujud dalam hidup mereka namun masih dikaitkan, nampaknya saya menjadi kambing hitam dalam situasi berlaku yang ia sangat tidak bagus,” ujar Hanez Suraya hari ini.

Mungkin itu jalan yang terbaik buat Hanez Suraya secara peribadi untuk kelangsungan dirinya yang masih muda & untuk terus relevan dalam kerjayanya. Sampai bila ‘kan mahu bergelumang dengan kontroversi cinta tidak bertepi sebegini.

- utaranews

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.