WANITA
OKU tersenyum selepas menerima sumbangan sambil ditemani Ismail (kiri)
dan Timbalan Pengarah JKM Kelantan Norazaman Abdul Manaf.
Tumpat: Keluarga wanita Orang Kurang Upaya (OKU) berusia 30-an yang
diselamatkan oleh Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) semalam selepas
dipercayai dikurung selama 10 tahun di dalam sebuah bilik di Kampung
Pasir Pekan Hulu, di sini mengaku tidak mampu menjaga mangsa kerana
dikatakan sering bertindak agresif.
Abang tiri mangsa, Ismail Che Ibrahim, 57, berkata, adiknya itu sebelum
ini pernah mendapat rawatan di beberapa pusat penjagaan tetapi tidak
berpuas hati kerana tiada penjagaan yang sempurna.
"Disebabkan agak agresif adik terpaksa dikurung di dalam bilik di bawah rumah.
"Bagaimanapun pemantauan sering dilakukan di bilik itu termasuk diberi
makan sebanyak tiga kali sehari," katanya ketika ditemui di Hospital
Tumpat di sini sebentar tadi.
Mangsa yang kini dirawat di Hospital Tumpat stabil tetapi belum dapat
dikategorikan tahap status mentalnya dan memerlukan rujukan daripada
pakar psikiatri.
Bloglist Malaysia
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.