Wednesday, May 28, 2014

VIDEO - Sultan Perak mangkat




 Zar Ali III's photo.
 
Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah mangkat jam 1.30 petang tadi.  





Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah mangkat pada jam 1.30 petang hari ini, kata Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah mangkat jam 1.30 petang tadi. Menteri besar Perak itu mengumumkan perkara itu dari Kuala Kangsar, Perak dan disiarkan secara langsung oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) sebentar tadi.
Almarhum berusia 86 tahun.

Beliau meninggalkan isteri, Raja Permaisuri Tuanku Bainun Muhammad Ali, seorang bekas guru, dan empat anak mereka iaitu Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah; Raja Datuk Seri Azureen Shah, Raja Eleena dan Raja Yong Sofia.

Seorang lagi putera, Raja Ashman Shah meninggal dunia pada 2012.

Pengembumian akan diadakan esok selepas solat Asar di Makam Diraja Kuala Kangsar.

Sultan Perak ditabalkan secara rasmi sebagai Sultan Perak ke-34 pada 1985. Sebelum ini, baginda mempunyai kerjaya cemerlang dalam sistem kehakiman Malaysia, dan pernah menjadi Ketua Hakim Negara pada 1982.

Pada 1989, Sultan Azlan menjadi Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-9, berkhidmat selama lima tahun, sebelum kembali ke takhta Perak pada 1994.

Khabar angin tersebar mengenai kemangkatan Sultan sejak Ahad, tetapi, perkara itu tidak benar.
Sultan Azlan Shah menjadi pemerintah Perak selepas kemangkatan bapa saudaranya, Sultan Idris Shah pada 1984.

Baginda juga adalah bekas Pro-Canselor Universiti Sains Malaysia dan terkini Canselor Universiti Malaya.

Sultan Azlan menjadi presiden Persekutuan Hoki Malaysia sehingga 2005 dan kekal sebagai presiden Persekutuan Hoki Asia dan ahli lembaga eksekutif badan global sukan itu, Persekutuan Hoki Antarabangsa.

Kejohanan Hoki Sultan Azlan Shah adalah kejohanan hoki tahunan yang disertai beberapa banyak negara dan diadakan di Ipoh.

Raja Azlan Shah dilahirkan pada 19 April, 1928 di Batu Gajah, Perak.

Baginda adalah putera kepada Sultan Yusuf Izzuddin Shah (1948–1963) dan Toh Puan Dewangsa Khadijah Ahmad.

Ketika kecil, Raja Azlan Shah dibesarkan oleh bondanya di luar lingkungan diraja. – 28 Mei, 2014.
 

MENYUSUL LAGI


The Malaysia Insider

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.