Friday, May 30, 2014

Perutusan sempena Hari Gawai dan Tadau Kaamatan oleh Presiden KEADILAN

 

BERSEMPENA dengan Hari Gawai dan Tadau Kaamatan, KEADILAN mengucapkan Selamat Hari Menuai kepada masyarakat Sarawak dan Sabah, semoga mereka memperolehi hasil tuaian yang lumayan selepas penat memerah keringat.

Di Sarawak terdapat 25 kaum etnik Dayak terutamanya kaum Iban, Bidayuh, Orang Ulu seperti Kayan, Kenyah dan Murut dan kaum-kaum etnik lain yang meraikan tamatnya musim menuai padi dan menandakan permulaan musim penanaman padi yang baru.

Manakala di Sabah, Tadau atau Pesta Kaamatan merupakan upacara perayaan khas untuk menghormati "Bambazon" iaitu semangat padi. Perayaan ini adalah amalan secara tradisi Kaum Kadazan-Dusun sejak zaman berzaman. 

Justeru, KEADILAN bersama dengan Pakatan Rakyat yang membela nasib setiap lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama, mengharapkan perayaan ini disambut dengan iltizam oleh masyarakat di Sarawak dan Sabah untuk memperkukuhkan ekonomi mereka.

Kegigihan masyarakat kita sejak dari zaman nenek moyang kita, berbakti kepada tanah, menyara keluarga sehingga ke anak cucu, harus disemai semangatnya di kalangan anak-anak muda agar mereka menghargai kehidupan masa depan dengan lebih bermakna.

Oleh sebab itu, dengan semangat dan perjuangan perayaan Hari Gawai dan Tadau Kaamatan ini, KEADILAN menjelmakannya dalam perjuangan politik negara kita dengan mempertahankan tanah adat yang diwarisi oleh kaum pribumi sekian lama.

Kita harus mewarisi semangat partriotik nenek moyang kita dengan memperkasakan kuasa rakyat, menegak keadilan dan menentang segala kebatilan.

DATUK SERI DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL
Presiden KEADILAN

30 Mei 2014

Read more: http://milosuam.blogspot.com/2014/05/perutusan-sempena-hari-gawai-dan-tadau.html#ixzz33CQzV1ru

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.