Friday, May 30, 2014

Pembohongan Muhyiddin Akhirnya Terbongkar.. Ikuti Pendedahan Ini

 
Lim Guan Eng hari ini menyifatkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai pembohong apabila berkata hanya DAP sahaja yang berkempen pada malam tadi.

Setiausaha Agung DAP itu berkata Barisan Nasional (BN) turut mengadakan kempen pada malam tadi, maka adalah tidak wajar untuk menuduh DAP tidak menghormati kemangkatan Sultan.

"Mengapa BN boleh Pakatan Rakyat (PR) tak boleh? Kami tak buat pada Rabu malam tetapi BN buat. Kita pula dituduh tak hormat sultan.

"Saya rasa Muhyiddin dan kempennya memainkan taktik kotor dengan menjadi seorang pembohong kerana BN pun adakan ceramah sama tanpa henti," katanya dalam satu sidang media di Pusat Operasi DAP di Teluk Intan hari ini.

Muhyiddin dalam sidang media pagi tadi mengecam DAP kerana mengadakan ceramah di Teluk Intan sedangkan acara seperti itu sepatutnya dihentikan mekoran kemangkatan Tuanku Sultan Perak. ~tmi
 
Addin.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.