Wednesday, May 28, 2014

MB Pahang dikatakan bakal turut digugurkan Najib?


Penyingkiran bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said daripada jawatan itu dikatakan hanyalah suatu permulaan, dengan spekulasi mengatakan MB Pahang, Tan Sri Adnan Yaacob sebagai ‘calon’ seterusnya.

Dan seperti surat aku janji Ahmad yang menyatakan beliau akan meletakkan jawatannya setahun selepas GE13, laporan mengatakan bahawa perletakan jawatan Adnan akan dilakukan atas sebab-sebab kesihatan.

Ini mungkin dilakukan bagi mengelakkan konfrontasi dengan istana, kerana Adnan dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan kerabat diraja negeri, dan peletakan jawatan secara paksa mungkin tidak digemari istana.

Tetapi tidak seperti di Terengganu yang hampir membawa kepada krisis kerajaan negeri, majoriti BN di Pahang adalah lebih besar, dengan Pakatan Rakyat memegang hanya 11 daripada 42 kerusi DUN.

Dan dengan pengikut setia Najib dominan dalam negeri asalnya, Adnan kekurangan jumlah yang diperlukan jika beliau mahu memulakan "Serampang Terengganu" dan mencetuskan peletakan jawatan Anggota Dewan Undangan dari parti BN.

Para pemerhati berkata bagi mengelakkan kejadian serupa berlaku, Umno mungkin telah bertemu ADUN mereka terlebih dahulu. Ini pengajaran yang diterima daripada kemelut Terengganu.

Spekulasi yang MB-MB menghadapi pemecatan telah dimulakan oleh akhbar Utusan Malaysia yang dimiliki Umno, dan berita ini telah merebak blog-blog yang dikaitkan dengan Umno.

Sumber dalaman telah dipetik sebagai berkata bahawa dari kesemua MB Umno, tiga yang berada dalam senarai Najib adalah Ahmad, Adnan dan MB Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan.

MB Umno lain seperti MB Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dikatakan terselamat, sama ada disebabkan masih relevan, keturunannya atau kerana telah memenuhi KPI mereka dalam PRU13.

Ada yang mengatakan bahawa ini merupakan rancangan terhadap mereka yang gagal memenuhi KPI mereka, walaupun ia juga mungkin pelan Najib untuk menyisihkan ‘orang lama’ dan menggantikannya dengan orang-orang kuat mudanya tersendiri.

Mereka adalah orang-orang yang akan menuruti arahannya dengan lebih rela dan akan menawarkan muka baru dalam kabinet generasi Merdeka Umno.

Tetapi sama ada ini akan memberi nafas baru kepada Umno atau membantu mengukuhkan kuasa Najib, ia masih belum jelas dapat dilihat.

Walaupun MB mempunyai kerusi automatik di dalam Majlis Tertinggi UMNO seperti yang dinyatakan oleh bekas menteri Datuk Saifuddin Abdullah, sumber dalaman parti berkata kecuali mereka bertanding bagi kerusi majlis tertinggi, mereka hanya berada di sana atas ihsan, tidak boleh mengundi dan hanya bercakap dengan kebenaran PM.

Jadi tindakan melantik MB yang lebih muda dari kalangan orang kuat Najib tidak semestinya akan memberikannya lebih banyak undi di dalam majlis ini, tetapi ia akan memberi kawalan terhadap aset negeri dan juga peringkat akar umbi.

Walau bagaimanapun tindakan hanya menggantikan pemimpin lama dengan orang baru yang mematuhi arahan tradisional Umno, mungkin tidak cukup untuk mengubah persepsi rakyat mengenai parti itu, jika dilihat dari penambahan Datuk Abdul Rahman Dahlan yang lebih muda.

Beliau muda, muka baru, tetapi masih mencerminkan tradisi Umno yang lembab dan cerewet, yang menjadikan parti itu tidak digemari rakyat


~ TheAntDaily

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.