Tuesday, May 27, 2014

LIM KIT SIANG Adalah "HARIMAU BINTANG" DAP !


P162 Gelang Patah;
Pecahan Kaum : C: 52.41 % , M:34.28 %, I: 12.49% L: 0.83%

P076 Teluk Intan : 
Pecahan Kaum:  C: 42 % , M: 38 % , I: 19 % 

Lim Kit Siang menang selesa dalam PRU 13 di P162 Gelang Patah yang lalu dengan mendapat jumlah undi sebanyak 54,284 mengalahkan mantan Menteri Besar yang meraih 39,522 dengan majoriti 14,762 undi.

Perlu diingat, kalau mendiang Karpal Singh merupakan Singa DAP, maka Lim Kit Siang pula merupakan Harimau bintang DAP. Walau pun bertentang dengan Menteri Besar (ketika itu), besar kemungkinan kaum Cina tidak mahu mengambil risiko LKS hilang dari radar politik tanah air, dengan itu beliau menang selesa. Besar kemungkinan kalau DAP meletak calon selain dari LKS, DAP akan 'bungkus'. Tetapi itu telah berlalu.

Adakah pengundi keturunan Cina di Teluk Intan se'cerdik' pengundi keturunan Cina di Gelang Patah dalam PRU P076 Teluk Intan kali ini.?

Bagaimana pula pengundi Melayu di Teluk Intan? 

Dalam PRU13 yang lalu, P076 Teluk Intan, DAP mendapat 27,399 undi manakala BN mendapat 20,086 undi dan calon Bebas perolehi sebanyak 279 undi. Calon BN ketika itu ialah Mah Siew Keong (Presiden Gerakan) yang turut bertanding sekarang. DAP menang dengan majoriti 7,313 undi.

Apakah pengundi kaum Cina berani mengambil risiko dengan meng'korban'kan seorang Presiden?


Kebiasaannya apabila seorang veteran seperti LKS tiba-tiba me'rintih' seperti DI SINI , berkemungknan akan membawa 'mala-petaka'. Berkemungkinan DAP tersalah meng'gerak'kan 'bidik' dalam percaturannya untuk menarik lebih banyak undi Melayu dengan menganggarkan undi dari kaum Cina sudah pasti dalam 'tangan'.

Apa-apa pun saya merasakan persaingan adalah sengit tidak seperti di Bukit Gelugur, di mana pertembungan di antara 'heavyweight' dan 'flyweight' yang membuat pengikut dan panganalisa politik terasa mengantuk menunggu 'game-over'.

al-brangionline:

Saya terhidu akan 'kambing-hitam' terbakar selepas PRK ini.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.