SPR KATA 39,850 Keluar Mengundi - Dari mana Datangnya 776 Undi Berlebihan ?

Farez Agen Perubahan
Spr umum keluar mengundi semua 39 850

bn - 20157
dap -19919
undi rosak - 550

776 lagi dr mana datang pun tak tahu...

Satu Pengajaran Kepada YB YB DAP/PR - Mulut Jangan Selalu Celupar !

Zar Ali III  
 

Satu pengajaran juga kepada pemimpin2 DAP/PR - mulut jangan selalu celupar - kerana tak semua orang2 Melayu boleh terima - salah satu sebab kekalahan ini adalah kerana YB Rayer ( Pulau Pinang ) Mencelakan orang2 Melayu.... 

Satu makian yang menghina orang2 Melayu - walupun maksudnya adalah orang2 Melayu UMNO..... 

Isu ini lah yang dimainkan oleh pemimpin2 UMNO semasa berkempen di Teluk Intan..... 

IT'S A LESSON TO ALL PAKATAN RAKYAT LEADERS !!!

BN MENANG MAJORITI 238 ???????



7;56PM
DAP - 19,919
BN - 20,157
ROSAK - 550 

BN MENANG MAJORITI - 238

TERKINI DARI TELUK INTAN !! DAP/PR Mendahului 2 ribu Lebih UNDI !! HIDUP PAKATAN RAKYAT !!









Jika BN Menang Pun - Maruah Tercemar !!

Photo: PRK TELUK INTAN KECOH !!!

pilihanraya kecil parlimen teluk intan harini bertukar kecoh seketika apabila polis cuba meredakan provokasi dilakukan dari kalangan penyokong calon BN. 

Sebelum ini PRK Bukit gelugor, calon BN tidak bertanding, polis istihar pilihanraya paling aman. 

Tetapi apabila calon BN bertanding, pasti akan bertukar kecoh kerana penyokong BN terutama dari parti #UMNOCELAKA seringkali menimbulkan provokasi. 

Kesian anggota polis yang bertugas meredakan keadaan yang tegang dari puak setan dikenali yang tidak tahu adap sopan. Menyusahkan !!!

#UMNOcelakaTiadaAdapSopanBerkempen

#LIKeJeneralYakuzaOgawaFBpages 

-AP-
PRK TELUK INTAN KECOH !!!

pilihanraya kecil parlimen teluk intan harini bertukar kecoh seketika apabila polis cuba meredakan provokasi dilakukan dari kalangan penyokong calon BN.

Sebelum ini PRK Bukit gelugor, calon BN tidak bertanding,
polis istihar pilihanraya paling aman.

Tetapi apabila calon BN bertanding, pasti akan bertukar kecoh kerana penyokong BN terutama dari parti #UMNOCELAKA seringkali menimbulkan provokasi.

Kesian anggota polis yang bertugas meredakan keadaan yang tegang dari puak setan dikenali yang tidak tahu adap sopan. Menyusahkan !!!

#UMNOcelakaTiadaAdapSopanBerkempen

#LIKeJeneralYakuzaOgawaFBpages

-AP-

Keputusan PRK P076 Teluk Intan


TELUK INTAN: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan keputusan penuh Pilihan Raya Kecil (PRK) P76 Parlimen Teluk Intan diumumkan seawal jam 9 malam ini.
Pengarah SPR negeri, Ahmad Adli Abdullah, berkata peti undi pertama dijangka sampai ke pusat penjumlahan undi di Dewan Besar Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib pada 6.30 petang.



Kerajaan Rakyat

[BERGAMBAR] Henjutan Terakhir: 20,000 Banjiri Ceramah Lyana Sofya DI Teluk Intan ??



Ribuan banjiri ceramah kemuncak DAP

Menjelang hari mengundi, ribuan hadirin membanjiri ceramah kemuncak DAP yang diadakan di dataran Jalan Mahkota di bandar Teluk Intan.

Kira-kira 10,000 orang membanjiri dataran tersebut untuk mendengar ceramah pemimpin Pakatan Rakyat, sehingga melimpah ke jalan utama dan ada juga menonton dari laluan jalan kaki rumah kedai berhampiran. DAP, termasuk pemimpinnya Lim kit Siang mendakwa 20,000 menghadiri ceramah malam tadi.

Jumlah hadirin bertambah ramai dengan lebih ramai pemimpin kanan DAP datang kemudian pada waktu malam, termasuk calon Dyana Sofya Mohd Daud.

MP DAP Seremban, Anthony Loke menggesa orang ramai untuk meminta semua rakan mereka yang merupakan pengundi di Teluk Intan supaya balik mengundi esok.

Sementara itu ceramah BN pula yang diadakan berhampiran dengan Jam Besar Teluk Intan masih menyaksikan banyak kerusi-kerusi yang kosong dan cuma dihadiri oleh sekitar 70 orang sahaja, demikian lapor malaysiakini versi Bahasa Inggeris.

Mengundi bermula pada pukul 8 pagi esok di 37 daerah mengundi bagi lebih 60,000 pengundi.

Kesesakan lalulintas lebih 1km berlaku di sepanjang Jalan Changkot Jong menandakan bahawa pengundi luar kawasan dalam perjalanan pulang ke Teluk Intan. -mk



CERAMAH DAP/PR



CERAMAH GERAKAN/BN


 
 
 
 
Kelab Greenboc

Friday, May 30, 2014

Calon P 076 Ke Istana Iskandariah


Bagaimanapun, menurut tinjauan Pusat Kajian Pilihan Raya UCSI itu, DAP akan mendapat jumlah majoriti undi yang lebih kecil kerana jumlah yang keluar mengundi berkurangan.

Tinjauan tersebut menunjukkan jangkaan bahawa Dyana Sofya akan meraih 28.3 peratus undi Melayu, manakala calon BN akan mendapat 58.75 peratus, dengan lapan peratus lagi masih belum membuat keputusan.

"Ia merupakan peningkatan sebanyak antara lima hingga enam peratus (berbanding pilihan raya umum) daripada kira-kira 20,000 pengundi," kata pengasas pusat kajian itu, Ngerng Miang Hong.

Sementara itu, sebanyak 43 peratus daripada pengundi India dijangka memilih Dyana, manakala 44 peratus lagi lebih berminat pada calon BN Datuk Mah Siew Keong, dengan 13 peratus lagi belum membuat keputusan.

Hasil berkenaan adalah berdasarkan tinjauan ke atas 400 orang responden yang terlibat. Para responden tersebut hanya terdiri daripada pengundi Melayu dan India di Teluk Intan, yang ditinjau antara 24 hingga 26 Mei lalu.

Ngerng berkata, satu kajian kumpulan tumpuan untuk pengundi Cina menunjukkan kecenderungan mereka tidak banyak berubah sejak pilihan raya umum ke-13, dengan kira-kira 75 peratus memilih DAP.

Katanya, tinjauan itu menunjukkan jangkaan bahawa DAP akan menang dengan majoriti 3,000 undi sekiranya 70 peratus keluar mengundi pada 31 Mei.

Jangkaan itu jauh berbeza berbanding majoriti 7,313 undi yang diperolehi pada 2008, dengan 80.4 peratus jumlah keluar mengundi.

Tinjauan itu menyatakan jangkaan sekurang-kurangnya 69 peratus akan keluar mengundi pada 31 Mei.
















Gendang Perang

PRK Teluk Intan : PAS yakin Dyana akan memperoleh kemenangan esok

 
TELUK INTAN: PAS melahirkan keyakinan Pakatan Rakyat yang diwakili DAP mempunyai harapan yang cerah untuk memperoleh kemenangan dalam Pillihan Raya Kecil (PRK) P076 Teluk Intan yang akan berlangsung esok.

Pengarah Operasi PAS PRK Teluk Intan, Salahuddin Ayub berkata, keyakinan itu berdasarkan respons daripada masyarakat setelah jentera dan pimpinan PAS disemua peringkat memberikan komitmen tinggi terhadap gerak kerja kempen.

Dalam merealisasikan kejayaan, Naib Presiden PAS itu mengharapkan pengundi khususnya orang Melayu dapat menunaikan amanah esok dengan penuh tanggungjawab dan tidak gentar serta takut kepada ugutan-ugutan daripada mana-mana pihak.

"Kepada pengundi Melayu, inilah masanya untuk kita buktikan kesefahaman dan kesepaduan antara kaum disamping mematahkan tongkat penting BN ini setelah tidak lagi mengharapkan kepada MCA dan MIC.

"Jika kalahnya Presiden Gerakan ini, saya yakin parti itu akan lumpuh dan BN kehilangan baki tongkat yang ada," katanya ketika ditemui Harakahdaily di Markas Induk PAS, Padang Tembak Teluk Intan dekat sini hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Salahuddin menyatakan, setakat pagi tadi gerak kerja jentera PAS telah melebihi 90 peratus dan akan meningkat dalam baki tempoh yang ada ini.

PRK Teluk Intan - Dyana Sofya
 
Beliau mengharapkan semua petugas serta pimpinan yang ditugaskan di kesemua 18 Unit Peti Undi (UPU) dapat memastikan pecutan serta sentuhan terakhir dapat dijelmakan dalam baki yang ada bagi memastikan semua matlamat serta key performance indicator (KPI) dapat dicapai.

"Saya yakin dan percaya melalui komitmen yang diberikan, sikap yang ditujukkan oleh jentera kawasan-kawasan dari negeri Perak dan negeri-negeri dalam akan berakhir dengan kejayaan," jelasnya.- HARAKAHDAILY 

Perutusan sempena Hari Gawai dan Tadau Kaamatan oleh Presiden KEADILAN

 

BERSEMPENA dengan Hari Gawai dan Tadau Kaamatan, KEADILAN mengucapkan Selamat Hari Menuai kepada masyarakat Sarawak dan Sabah, semoga mereka memperolehi hasil tuaian yang lumayan selepas penat memerah keringat.

Di Sarawak terdapat 25 kaum etnik Dayak terutamanya kaum Iban, Bidayuh, Orang Ulu seperti Kayan, Kenyah dan Murut dan kaum-kaum etnik lain yang meraikan tamatnya musim menuai padi dan menandakan permulaan musim penanaman padi yang baru.

Manakala di Sabah, Tadau atau Pesta Kaamatan merupakan upacara perayaan khas untuk menghormati "Bambazon" iaitu semangat padi. Perayaan ini adalah amalan secara tradisi Kaum Kadazan-Dusun sejak zaman berzaman. 

Justeru, KEADILAN bersama dengan Pakatan Rakyat yang membela nasib setiap lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama, mengharapkan perayaan ini disambut dengan iltizam oleh masyarakat di Sarawak dan Sabah untuk memperkukuhkan ekonomi mereka.

Kegigihan masyarakat kita sejak dari zaman nenek moyang kita, berbakti kepada tanah, menyara keluarga sehingga ke anak cucu, harus disemai semangatnya di kalangan anak-anak muda agar mereka menghargai kehidupan masa depan dengan lebih bermakna.

Oleh sebab itu, dengan semangat dan perjuangan perayaan Hari Gawai dan Tadau Kaamatan ini, KEADILAN menjelmakannya dalam perjuangan politik negara kita dengan mempertahankan tanah adat yang diwarisi oleh kaum pribumi sekian lama.

Kita harus mewarisi semangat partriotik nenek moyang kita dengan memperkasakan kuasa rakyat, menegak keadilan dan menentang segala kebatilan.

DATUK SERI DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL
Presiden KEADILAN

30 Mei 2014

Read more: http://milosuam.blogspot.com/2014/05/perutusan-sempena-hari-gawai-dan-tadau.html#ixzz33CQzV1ru

Surat Terbuka Dyana Sofya Untuk Orang Teluk Intan

Tuan/puan orang Teluk Intan yang baik budi,
 

Dua minggu sudah begitu memerah tenaga, namun sangat mengujakan. Sejak dinamakan oleh DAP sebagai calon pilihanraya kecil Teluk Intan, saya melalui pelbagai pengalaman dalam masa dua minggu ini jika dibanding dengan usia 27 tahun saya.

Dengan tiba-tiba saya menjadi tumpuan menteri-menteri UMNO yang tidak dapat menahan diri daripada memberi komen tentang rupa paras saya. Datuk Abdul Rahman Dahlan memberitahu tuan-tuan supaya jangan undi saya hanya sebab saya memakai gincu.

Datuk Zahid Hamidi pula berkata saya ini tidak lah cantik sangat jika jumpa berdepan. Datuk Ahmad Maslan pula menekankan bahawa isterinya sendiri, bahkan Datuk Tajuddin Abdul Rahman pun boleh menang jika ini satu pertandingan ratu cantik.

Rupa paras saya langsung tidak penting dalam pilihanraya kecil yang sangat penting ini. Saya tidak masuk DAP untuk menyertai pertandingan ratu cantik. 


Saya menyeru orang Teluk Intan untuk menilai saya melalui nilai, prinsip dan impian saya untuk Malaysia yang lebih baik. Saya mahu memenangi pilihanraya ini bukan kerana rupa paras, tapi kerana kebolehan saya untuk membawa perubahan dalam lanskap politik Malaysia di Parlimen.

Lawan politik saya telah menyerang deng
bersembunyi
an ganas dan di sebalik blog-blog yang menyokong Barisan Nasional, dan juga risalah-risalah yang menfitnah saya dengan menggunakan gambar palsu dan tuduhan-tuduhan tidak berasas tentang moral dan etika saya. 

Sewaktu melawat beberapa pasar malam, saya bertemu beberapa pembuli dari kalangan penyokong UMNO yang mengejek-ejek, menggangu malah cuba menghalang laluan kempen.

Terdapat menteri yang malah turut menyebarkan penipuan bahawa saya bukan seorang peguam dan tidak mempunyai ijazah undang-undang. 


Walaupun saya telah membuktikan bahawa saya telah diiktiraf sebagai peguam pada tahun 2011, itu nampaknya tidak relevan bagi BN, yang begitu terdesak untuk menang dengan apa cara sekali pun.

Serangan paling jahat datang daripada seorang bekas menteri yang menuduh saya ini seorang pengkhianat Melayu. 


Jelas sekali mereka tidak peduli bahawa pengkhianat sebenar orang Melayu adalah pemimpin BN yang menyalahgunakan kuasa, memperkayakan kroni dan sanak saudara serta melakukan rasuah yang merugikan kita semua.

Taktik kotor dan jahat oleh pihak lawan tidak akan mematahkan semangat saya untuk memperjuangkan hak kesemua rakyat Malaysia, terutamanya mereka yang terpinggir dan didiskriminasi. 


Saya tidak akan merasa lemah semangat dan saya tidak akan menjadi pengkhianat kepada rakyat Malaysia.

Sementara pemimpin UMNO melabel saya sebagai pengkhianat orang Melayu, pemimpin Gerakan pula menyerang saya kononnya saya ini ekstremis Melayu kerana dakwaan hubungan saya dengan pertubuhan Perkasa. 


BN terus melakukan pendekatan pecah dan perintah di mana mereka memberi mesej berbeza kepada kaum-kaum yang berbeza.

Biar saya jelaskan di sini. Pada waktu saya diminta ibu saya untuk membantu dengan tugas-tugas mendaftarkan peserta atau memakaikan bunga kepada VIP sewaktu penubuhan Perkasa ketika saya masih seorang mahasiswa lebih 5 tahun lalu, saya tidak terlibat dengan aktiviti Perkasa, dan saya juga bukan seorang ahli. 


Bahkan ibu saya sendiri menjauhkan diri daripada Perkasa dan tidak lagi aktif setelah beliau tidak bersetuju dengan aktiviti dan prinsipnya.

Saya membesar dalam keluarga UMNO dan melihat sendiri bagaimana Perkasa berfungsi, dan ini meyakinkan saya bahawa DAP mempunyai platform dan nilai-nilai terbaik demi memperjuangkan negara Malaysia yang lebih demokratik, adil dan makmur dari segi ekonomi.

Saya yakin bahawa Malaysia telah rosak akibat 57 tahun poltik perkauman melalui sistem pecah dan perintah oleh BN. Saya sedih melihat bagaimana pemimpin BN dan proksi mereka seperti Perkasa menghasut rakyat pelbagai kaum untuk membenci sesama sendiri, berbanding berjuang demi kebaikan sesama sendiri.

Saya mahu buktikan kepada rakyat Malaysia bahawa bukan hanya orang Cina yang boleh membantu orang Cina, bukan hanya Melayu yang boleh membantu Melayu, dan bukan hanya orang India boleh membantu orang India.

Saya ingin menunjukkan contoh, demi membina sebuah negara di mana seorang Melayu boleh membantu seorang Cina, seorang Cina boleh membantu seorang India dan seorang India boleh membantu seorang Melayu. Impian saya adalah untuk MeMalaysiakan semula Malaysia.

Saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga atas budi baik dan kasih sayang yang ditunjukkan kepada saya oleh orang Teluk Intan. 


Sambutan hangat dan kasih sayang dari semua kaum – Melayu, India dan Cina memperkukuhkan keyakinan saya terhadap masyarakat negara ini, serta memperkuatkan keazaman saya untuk berjuang demi Malaysia.

Dengan sokongan pengundi Teluk Intan, saya berharap dapat menunaikan janji saya untuk berpindah dan tinggal di daerah yang begitu indah dan bersejarah ini. 


Saya berjanji untuk memberikan khidmat bakti kepada anda dengan penuh komitmen dan dedikasi, dan memastikan ngauman Teluk Intan menggegarkan Parlimen Malaysia.

Dyana Sofya Mohd Daud.

Kepada Pengundi-Pengundi PRK P076 Teluk Intan..Pls Take Note..


Bekas pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Sabbaruddin Chik telah mendedahkan penglibatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek dalam pemberian pinjaman 'Mesra Rakyat' berjumlah RM32 juta oleh Bank Rakyat kepada peniaga permaidani, Deepak Jaishikin.

Peniaga permaidani itu menawarkan 120 keping cek "post dated" untuk ditunaikan oleh bank bagi tempoh bayaran balik pinjaman selama 10 tahun tanpa faedah. Bank Rakyat yang sepatutnya membantu rakyat marhain telah di 'kangkung'kan oleh seorang menteri 'kangkung' kerajaan 'Celaka' Umno/BN demi untuk menyelamatkan seorang kroni.