Wednesday, April 2, 2014

Rahsia Mengapa BN Menang Besar Di PRK Balingian Sudah Terbongkar...

 

Rahsia mengapa BN menang besar di PRK Balingian sudah terbongkar... Sekolah disana talian talipon dan fax pun tidak ada!!!!

Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian pada pilihan raya kecil (PRK) yang berlangsung hari ini, dengan majoriti 6,911 undi.
 
Pada 2011, bekas Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud memperoleh 6,210 undi untuk memenangi kerusi DUN Balingian dengan majoriti 5,154 undi, dalam pertandingan tiga penjuru, menewaskan Suriati Abdullah daripada PKR yang memperoleh 871 undi, dan calon Bebas Datuk Salleh Jafaruddin 1,056 undi.

Begitulah ayat yang dipapar dan disiarkan merata negara oleh media arus perdana dan blog pro UMNO/BN.. Berasa megah dan sombong sebab berjaya menang dengan majoriti lebih besar dari dulu.

Omak Kau bila selidik selain dari Ketua Menterinya menggunakan Imigresen sekat para pemimpin tertinggi KEADILAN dari di benarkan masuk kenegeri Sarawak untuk berkempen, alasan besar lain ialah sekolah di Balingian talian talipon dan fax pun tidak ada.

Ertinya akses kepada internet sifar .. mendapatkan maklumat yang benar lagi sahih dari sumber alam maya adalah sifar ... menunjukkan bahawa penduduk dan pengundi Balingian jenis menerima maklumat dari saluran yang dibekalkan oleh media milik UMNO/BN sahaja.

Peliknya kalau sampai sekolah pun tiada talian talipon menunjukkan betapa terpinggirnya kedudukan Balingian ini .. terpinggir dari segala-galanya .. bukan sahaja terpinggir maklumat... pembangunan dan keperluan asas pun di pinggirkan.

Jadi tidak perlulah pemimpin BN mau berlagak sombong dan angkuh sambil dabik dada. Sepatutnya berasa malu yang BN kini hanya ada sokongan dikawasan yang cukup daif dan terputus perhubungan dunia luar.
 
 
 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.