Friday, April 4, 2014

Papagomo Meroyan Di Twitter, Kerana Rafizi Nak Saman Beliau

 
 
Blogger kontroversi Papagomo dan Ahli Majlis Tertinggi PKR Latheefa Koya kini 'bercakaran' di Twitter sejak awal petang ini.

Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris, yang kini berdepan dengan tindakan undang-undang daripada Penasihat Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan 'perang' Twitter itu apabila mengkritik Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli yang juga merupakan Ahli Parlimen Pandan.

"Cukup memalukan kita mempunyai wakil rakyat seperti @rafiziramli .

Amat kasihan rakyat Pandan," kata Papagomo yang menulis menggunakan tweet handle @Sir_Azri dalam satu tweet kepada pengarah strategi PKR itu.

Latheefa kemudiannya mengusik Papagomo dengan bertanya kepadanya kembali mengapa dia berkata demikian.

"knp? sbb awak kena kantoi! RT @Sir_Azri: Cukup memalukan kita mempunyai wakil rakyat seperti @rafiziramli . Amat kasihan rakyat Pandan." tulis Latheefa pula yang menggunakan tweet handle @LatheefaKoya.

Papagomo kemudiannya bertanyakan kepada Latheefa adakah dia cuba menyembunyikan sesuatu dan mendakwa Latheefa telah menyekat akaun Twitternya.


"@LatheefaKoya block saya kerana apa? Takut dengan kebenaran? Usah berjuang jika takut nak berlawan dengan rakyat marhain," dakwa Papagomo yang dibalas kembali oleh Latheefa dengan menulis "haha kamu ni penipu RT @Sir_Azri: block saya kerana apa? Takut dengan kebenaran? Usah berjuang jika takut nak berlawan dengan rakyat marhain."

Papagomo kemudiannya dilihat 'menyerang' Latheefa dengan menyoal "Kamu @LatheefaKoya kenapa tak jadi wakil rakyat? Rekod kamu tak bersih ke?," soalnya.

Ketika artikel ini ditulis, Latheefa masih belum membalas tweet tersebut.

Namun, Papagomo tidak berhenti di situ sahaja dan mengalihkan 'serangannya' kepada Anwar pula.

"Pihak pembangkang mahu saya masuk ke dalam penjara? Harap dapat duduk satu lokap dengan @anwaribrahim," tulisnya, dipercayai merujuk kepada hukuman penjara lima tahun yang disabitkan oleh Mahkamah Rayuan kepada Anwar kerana didapati.....

Difahamkan serangan twitter masih lagi berterusan .. Pelik .. jika dia di pihak yang benar apa perlu nak meroyan????? .. terima saja saman dan lawan di mahkamah.

Tapi yang menariknya .. dia sedar dirinya akan merengkok dalam penjara .. secara tidak langsung akui yang didedahkan oleh Hishamuddin Hussein di parlimen.



Kita Bantai Dot. Info

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.