Tuesday, April 29, 2014

MP: Obama sebenarnya sindir intelektual Najib

Teruknya Ariff Sabri Tutuh Najib!

 
Selepas lawatan kilat Presiden Barack Obama ke Malaysia hujung minggu lalu, pelbagai analisis dibuat berkaitan kesannya kepada keadaan sosial, ekonomi dan politik.

Tetapi teguran paling kasar, terutamanya pada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, dibuat oleh anggota Parlimen DAP Ariff Sabri.Memfokuskan bagaimana presiden Amerika Syarikat menggambarkan Najib sebagai seorang yang mempunyai naluri untuk perpaduan dan kesederhanaan, pemimpin pembangkang itu berkata:

“Ia cara paling diplomasi untuk mengatakan – Saya rasa kamu tak berguna.”

Menurut Ariff, kenyataan itu dibuat bagi mengesahkan bahawa Najib bukan pemimpin rasional yang percaya arah masa depan melalui kesederhanaan dan perpaduan.

“Naluri seperti yang kita tahu berkait dengan haiwan yang tidak berfikir tetapi bertindak menurut naluri dan gerak hati.

“Jadi apa yang Obama kata, kecerdasan fikiran Najib sama tahapnya dengan haiwan seperti cimpanzi dan orang utan,” tulisnya dalam blog. - mk



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.