Tuesday, April 1, 2014

Hishammudin cabut ke Hawaii ,kerana takut bagi taklimat kepada YB Pakatan Rakyat.

   

Hishamuddin  didakwa sengaja bagi tarikh taklimat MH370 kepada wakil rakyat PR pada malam ini.Semuanya untuk mengelak beliau hadir memberi taklimat.Hishamuddin dijangka berada di Hawaii pada malam ini untuk mesyuarat pertahanan ASEAN bersama Amerika Syarikat.



Pakatan Rakyat hari ini menegaskan yang mereka cuma mahu Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein untuk memberi taklimat mengenai kehilangan MH370 seperti dijadualkan pada malam ini.




Kenyataan itu dibuat anggota parlimen Gombak, Azmin Ali pada sidang media bersama beberapa lagi MP Pakatan yang lain pagi ini.
"Kami mahu menteri berkenaan hadir, dan bukannya mana-mana menteri lain," kata Azmin yang juga timbalan presiden PKR.
Hishammuddin hari ini dilaporkan berlepas ke Amerika Syarikat untuk menghadiri satu sidang pegawai pertahanan Amerika Syarikat dan negara-negara ASEAN

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.