Tuesday, April 29, 2014

Dadah Ganti Tiket Masuk Pesta Seks Di Ibu Kota

 
Bukannya wang tunai yang diperlukan tetapi bekalan dadah bernilai RM300 menjadi tiket untuk sesiapa sahaja yang ingin menyertai pesta seks liar di sekitar ibu negara iaitu Kuala Lumpur.(Gambar Hiasan)

Pengunjung pesta seumpama itu yang hanya mahu dikenali sebagai Ryan menyatakan wang tunai bukanlah suatu kemestian untuk menyertai parti itu kerana penganjur lebih berminat dengan dadah sebagai bayaran masuk.

Pengunjung yang berusia 33 tahun itu mula menyertai pesta seks sejak 10 tahun lalu berkata amalan ini bukan baru tetapi mudah bagi penganjur untuk menyembunyikan kegiatan seperti ini.

Selain dadah, ada penganjur yang menggalakkan peserta pesta seks itu datang dengan separuh bogel kononnya supaya menepati tema.

Parti itu akan bermula dengan hidangan pelbagai jenis alkohol dan disusuli dengan dadah yang akan memudahkan mereka bergaul secara bebas.

Seorang lagi pengunjung yang enggan mendedahkan identitinya, berkata mudah untuk mendapat teman wanita segera jika berkunjung ke pesta seumpama itu.



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.