Monday, March 31, 2014

MAMAK OH! MAMAK.."Kalau aqu jadi PM..ssiap AQU TAPIS..SEKAT INTENET. !!!!!!!



Satu ketika dulu, kita mampu makan di kedai Mamak dengan RM10 di dalam poket. Kini, lebih baik makan di restoran yang hebat kerana kedai Mamak menghidangkan sajian yang amat mahal.

Banyak aduan yang diterima tentang kedai mamak atau restoran India Muslim yang mengenakan harga yang terlalu tinggi.

Masalahnya, pihak berkuasa seakan tidak endah terhadap perkara ini. Jadi kedai mamak semakin galak menekan para pelanggan, terutama yang tidak kisah dengan harga menjolok mata yang dikenakan.

Apa pula kata pihak berkuasa? Takkan mereka hanya memejamkan mata? Siapa yang memperjuangkan nasib pelanggan?

Jangan sampai rakyat Malaysia terbeban dengan sikap sesetengah pihak yang hanya mahu mengaut keuntungan berlebihan. Pengusaha kedai mamak juga perlu ingat kesusahan para pelanggannya yang terdiri daripda pelbagai lapisan masyarakat.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.