Saturday, March 29, 2014

APA LAGI SELEPAS BELASAH DR MAHATHIR? (VIDEO)

 
 
 
Sebelum ini macam-macam Dr Mahathir dan blogger koncunya mengkritik Najib dan kepimpinannya. Tapi Najib tak dapat jawab. Tak ada cara lain yang boleh dilakukan lagi untuk pertahankan diri. Burukkan saja Dr Mahathir. Kalau ada peminat-peminat mantan PM itu dalam MT UMNO, demer terpaksa fikir 100x sebelum cuba menjatuhkan Najib.

Dedahkan kesesatan dan kezaliman Dr Mahathir.

Sesat, kerana Dr Mahathir menyokong Kassim Ahmad.

SUMBER ASTRO AWANI

Tangkap pelopor anti Hadith Kassim Ahmad, kawan baik Dr Mahathir! 

Malang bagi Najib, penahanan Kassim Ahmad langsung tidak menarik perhatian media sosial pro-Pakatan Rakyat. Bagi kami, JAKIM memang patut tahan Kassim Ahmad sejak lama dulu...Cuma JAKIM lembab, seperti selalu...

Nampaknya skrip memburukkan Mahathir melalui Kassim Ahmad kurang berkesan. Maka perlu ditambah lagi sub-plot...

Kali ini Dr Mahathir dituduh menipu semasa pembunuhan 14 orang aktivis PAS di Memali. Dia mengaku berada di China, sedangkan dia di Kuala Lumpur, Kata Musa Hitam. Lihat video di bawah:

 

Golongan pro-Mahathir dengan cepat menuduh Musa Hitam berbohong kerana Dr Mahathir dikatatan berucap di Qing Hua University, Beijing pada 22 November 1985:

BUKTI MAHATHIR BERADA DI CHINA

Peristiwa Memali berlaku pada 18 -19 November 1985.

Berapa lama masa penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing? Dalam 6 jam. Dr Mahathir dikatakan berada di China pada 20 November 1985. Sebelum itu Mahathir berada di Jepun.

Setelah 30 tahun mengapa sekarang baru Musa Hitam bersuara? Siapa yang bercakap dengan Musa Hitam di Kuala Lumpur kalau Dr Mahathir di luar negara? Hantu raya?
Tolong ye...Yong bukan sokong Dr Mahathir. Yong tidak kata Dr Mahathir tidak perlu bertanggung jawab terhadap peristiwa berdarah Memali. Yong tetap sokong kebenaran.

Setakat ini kebenaran dakwaan Musa Hitam Yong tidak nampak...

Pakatan Rakyat tak payah lah nak teruja sangat mendengar dakwaan Musa Hitam ini. Itu perang dalam UMNO. Bior demer bergasak.
Kita jangan nak sama mabuk ketum dengan gerombolan...

Fokus pada sekarang!
Kenyataan Najib penerbangan pesawat MH370 berakhir di Lautan Hindi terlalu banyak lubang dan sukar dipercayai. Pembangkang bising di Parlemen. Media sosial gelakkan bomoh 1Malaysia. Waris juga marah. China nak boikot Malaysia. 

Pendeknya Najib diasak dari segenap sudut.

Maka pandangan rakyat perlu dialihkan... Alih dari MH370 ke Kassim Ahmad - ke Memali... dan...entah ke mana lagi lepas ini...
Yong bukan tidak simpati dengan waris aktivis Memali yang telah pergi...Tapi, mendakwa Dr Mahathir tidak ke China tidak akan membawa kita ke mana-mana kecuali kita menang dalam PRU.

Sejarah yang benar tidak akan dapat ditulis selagi BN berkuasa.

Kalau pemimpin PKR dan PAS asyik tikam-menikan antara satu sama lain, asyik berebut kedudukan sedang diri sebenarnya tidak layak, bilakah kita boleh menulis sejarah yang benar itu?

Fokus pada sekarang!

Regressi hanya membawa kesedihan. Regressi tidak akan membawa kita ke hadapan.

LAWAN TETAP LAWAN!


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.